Hubungan pendidikan, pengalaman kerja, persekitaran perniagaan dan pemikiran strategik terhadap kejayaan usahawan di Indonesia dan Malaysia

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara pendidikan, pengalaman kerja dan persekitaran perniagaan terhadap pemikiran strategik dan kejayaan usahawan di Malaysia dan Indonesia. Sebanyak 460 borang soal selidik telah diedarkan kepada usahawan bumiputera di Kota Kinabalu da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Edah Runengsih Talim
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40891/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40891/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara pendidikan, pengalaman kerja dan persekitaran perniagaan terhadap pemikiran strategik dan kejayaan usahawan di Malaysia dan Indonesia. Sebanyak 460 borang soal selidik telah diedarkan kepada usahawan bumiputera di Kota Kinabalu dan di Kota Bandung, tetapi hanya 404 borang soal selidik sahaja yang boleh digunakan. Kajian ini dijalankan dengan pendekatan kuantitatif, di mana kesahan data di ukur dengan menggunakan perisian PLS iatu malalui penilaian kebolehpercayaan item individu, kebolehpercayaan ketekalan dalaman, kesahan konvergen dan kesahan diskriminasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa kejayaan usahawan di Malaysia dan di Indonesia dipengaruhi secara signifikan oleh pendidikan non-formal, pendidikan informal dan pengalaman kerja. Selaras dengan itu, pemikiran strategik berjaya menjadi pencelah hubungan di antara pendidikan dan pengalaman kerja terhadap kejayaan usahawan. Manakala persekitaran perniagaan gagal menjadi penyederhana hubungan di antara pemikiran strategik dan kejayaan usahawan. Kajian ini memberi gambaran kepada usahawan secara umum, dan khususnya masyarakat awam akan pentingnya pendidikan, pengalaman kerja dan pemikiran strategik dalam menggalakkan kejayaan usahawan.