Isu-isu kenegerian semasa era pentadbiran kerajaan di Sabah 1967-2018

Tesis ini merupakan kajian politik yang memberi fokus kepada isu kenegerian semasa era pentadbiran kerajaan di Sabah iaitu dari tahun 1967 hingga 2018. Perbincangan tesis merangkumi empat era pentadbiran United Sabah National Organisation dan Sabah Chinese Assosiation (USNO-SCA), Bersatu Rakyat Jela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alexzender Bin Ginli
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40909/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40909/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini merupakan kajian politik yang memberi fokus kepada isu kenegerian semasa era pentadbiran kerajaan di Sabah iaitu dari tahun 1967 hingga 2018. Perbincangan tesis merangkumi empat era pentadbiran United Sabah National Organisation dan Sabah Chinese Assosiation (USNO-SCA), Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA), Parti Bersatu Sabah (PBS), dan United Malays National Organisation (UMNO). Tiga objektif utama yang dikaji adalah isu kenegerian yang paling menonjol di setiap era pentadbiran. Seterusnya adalah faktor isu kenegerian yang melibatkan hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Ketiga adalah kesan terhadap pilihan pengundi, keputusan pilihan raya dan pembentukan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, proses pembentukan Malaysia yang melibatkan beberapa peringkat juga dijelaskan terutamanya berkenaan dengan hak dan keistimewaan Sabah dalam membentuk gagasan Malaysia. Bagi mendapatkan maklumat dan data kajian, beberapa pendekatan telah digunakan seperti kajian perpustakaan dan arkib bagi melihat dokumen-dokumen asal dan sumber-sumber yang berkaitan. Tesis ini mendapati isu kenegerian yang paling menonjol di setiap era pentadbiran adalah berkenaan dengan isu hak Sabah yang terkandung dalam Memorandum Perkara 20, Malaysia Agreement 1963 (MA63), dan Laporan Inter-Governmental Committee (Laporan IGC). Perkara yang ditonjolkan adalah berkenaan dengan agama, bahasa, imigresen, Borneonisasi, 40 peratus hasil cukai Sabah, dan kedudukan Sabah dalam Malaysia yang diwar-warkan sepanjang pentadbiran empat kerajaan yang dinyatakan. Secara umumnya, faktor yang menyebabkan isu ini berlaku disebabkan oleh wujudnya campurtangan Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. Walaupun demikian tidak dinafikan juga kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mencetuskan isu kenegerian. Isu kenegerian yang kemudiannya digunakan sebagai manifesto semasa pilihan raya membolehkan pilihan pengundi dapat dikenalpasti. Secara analisisnya, kajian ini membuktikan bahawa isu kenegerian secara konsisten digunakan di setiap era pentadbiran di Sabah yang bermula semasa USNO-SCA hingga pentadbiran UMNO dan memperlihatkan perkembangan keintelektualan serta kesedaran penduduk Sabah tentang hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.