Pembingkaian berita portal berita Free Malaysia Today dan Malaysiakini semasa pilihan raya kecil Rompin dan Permatang pauh 2015

Kajian analisis kandungan berita ini dijalankan dengan meneliti dua buah portal berita alternatif iaitu Free Malaysia Today dan malaysiakini. Kajian ini dijalankan bagi melihat perbezaan bingkai berita yang digunakan, mengenalpasti bingkai-bingkai berita yang digunakan dan mengenalpasti struktur sin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Zafira Mohd Shafie
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40918/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40918/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian analisis kandungan berita ini dijalankan dengan meneliti dua buah portal berita alternatif iaitu Free Malaysia Today dan malaysiakini. Kajian ini dijalankan bagi melihat perbezaan bingkai berita yang digunakan, mengenalpasti bingkai-bingkai berita yang digunakan dan mengenalpasti struktur sintaksis, skrip, retorik dan tematik dalam liputan berita Free Malaysia Today dan ma!aysiakini. Kajian ini dijalankan dengan meneliti kepada model pembingkaian Pan dan Kosicki (1993). Pengkaji merangka borang pengekodan bagi tujuan rekod dan analisis struktur pembingkaian. Sebanyak 154 item berita telah dikenalpasti berkaitan dengan isu Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh 2015. Selain itu, pengkaji turut mengenalpasti 15 buah bingkai berita yang digunakan oleh kedua-dua portal berita. Berdasarkan analisis struktur pembingkaian (sintaksis, teks berita, tematik dan retorik), pengkaji mendapati bahawa portal berita alternatif mengamalkan corak pemberitaan beretika yang memberi ruang kepada semua pihak dalam liputan beritanya. Struktur sintaksis teks berita dan tematik memainkan peranan penting dalam mewujudkan makna dan kefahaman mendalam terhadap laporan berita. Struktur retorik pula berfungsi sebagai pemberi makna dan penambahan kepada laporan berita.