Kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan dewasa

Isu gelandangan kini menjadi satu masalah nasional sejak kebelakangan ini. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan. Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan untuk 1) mengkaji dimensi kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan, 2) mengkaji sumber kes...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Faheem Mohd Dahlan
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41213/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41213/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu gelandangan kini menjadi satu masalah nasional sejak kebelakangan ini. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan. Secara spesifiknya, kajian ini bertujuan untuk 1) mengkaji dimensi kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan, 2) mengkaji sumber kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan, dan 3) mengkaji berkaitan dengan strategi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kes instrumental dan temu bual mendalam merupakan kaedah pengumpulan data dalam kalangan gelandangan. Seramai 10 individu yang menjalani kehidupan bergelandangan dan kini sedang ditempatkan di rumah perlindungan Anjung Singgah di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Pecahan responden dalam kalangan gelandangan adalah (5 orang dari Anjung Singgah Johor Bahru dan 5 orang di Anjung Singgah Kuala Lumpur), masing- masing berumur di antara 30 hingga 58 tahun dan telah menyertai kajian serta data dikumpul dengan menggunakan temu bual secara mendalam. Analisis tematik telah digunakan dalam kajian ini dan telah menemui lima (5) dimensi kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan iaitu 1) kepuasan, 2) permaknaan, 3) kerohanian, 4) emosi positif dan 5) hubungan positif. Kajian ini juga telah menemui lapan (8) sumber kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan iaitu 1) interaksi sosial, 2) sokongan sosial, 3) sokongan institusi, 4) penerimaan, 5) kesaksamaan, 6) sokongan keluarga, 7) kesihatan fizikal dan 8) kebolehcapaian. Akhir sekali, sebanyak lima (5) strategi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan iaitu 1) berfikiran positif, 2) komunikasi interpersonal, 3) hubungan sosial, 4) penetapan kendiri dan 5) pengurusan rohani. Kajian ini telah memberikan pemahaman baharu berkaitan dengan fenomena kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan di Malaysia khususnya. Golongan gelandangan menginginkan kehidupan berdikari, menyumbang kepada masyarakat dan menghapuskan stigma terhadap golongan gelandangan. Kajian ini dapat memberikan gambaran awal dengan jelas dan kefahaman berkaitan dengan isu kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan kepada institusi keluarga, pemegang taruh dan masyarakat untuk membantu serta meningkatkan kesejahteraan hidup golongan gelandangan.