Pengaruh tekanan, personaliti dan iklim sekolah terhadap utliti kerja guru tingkatan enam di Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh tekanan, personaliti dan iklim sekolah terhadap utiliti kerja guru tingkatan enam di Sabah, Malaysia. Kaedah kajian kuantitatif digunakan oleh pengkaji. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan beberapa teknik pensamp...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41272/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41272/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh tekanan, personaliti dan iklim sekolah terhadap utiliti kerja guru tingkatan enam di Sabah, Malaysia. Kaedah kajian kuantitatif digunakan oleh pengkaji. Kajian mengaplikasikan kaedah tinjauan dengan menggabungkan beberapa teknik pensampelan secara berperingkat. Berpandukan Krejcie dan Morgan, sampel ditetapkan sekurangkurangnya sebanyak 279 orang, namun pengkaji menggunakan sebanyak 340 borang soal selidik yang lengkap diisi. Pengumpulan data menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada responden iaitu guru tingkatan enam di Sabah. Kajian ini juga menggunakan teori Dua Faktor, teori Robbin, Teori Lewis dan Goldberg dan teori Litwin dan Stringer. Analisis deskriptif menunjukkan semua variabel diramalkan pada tahap tinggi dan sederhana. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 24.0 dan analisis Structural Equation Modelling (SEM) versi 21.0. Ujian-t dan ANOVA sehala membuktikan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi semua variabel berdasarkan jantina, umur, gaji, dan jawatan responden di sekolah. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan nilai signifikan bagi variabel tekanan, personaliti, dan iklim sekolah terhadap utiliti kerja guru tingkatan enam di Sabah adalah ditolak. Dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah tekanan, personaliti, dan iklim sekolah memberi hubungan yang signifikan terhadap utiliti kerja guru. Melihat kepada pengaruh faktor peramal tekanan, personaliti, dan iklim sekolah terhadap utiliti kerja guru adalah ditolak membawa maksud terdapatnya pengaruh pemboleh tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan wujud hubungan signifikan utiliti kerja bagi variabel tekanan (r=0.556, p<0.05), personaliti (r=0.612, p<0.05), dan iklim sekolah (r=0.660, p<0.05) dengan utiliti kerja guru tingkatan enam di Sabah. Berdasarkan data empirikal yang dibentangkan, kajian ini boleh dijadikan panduan oleh semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang pendidikan dan penyelidikan yang berkait hubung dengan kajian ini. |
---|