Pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme dan kompetensi peribadi guru terhadap efikasi pengajaran guru sekolah rendah di pedalaman Sabah
Kajian ini bertujuan untuk menguji dan mengukur pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme guru dan kompetensi peribadi guru terhadap efikasi pengajaran guru bagi guru-guru sekolah rendah di Pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan 361 responden yang terdiri daripada gurugu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41299/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41299/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menguji dan mengukur pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme guru dan kompetensi peribadi guru terhadap efikasi pengajaran guru bagi guru-guru sekolah rendah di Pedalaman, Sabah. Kajian ini melibatkan 361 responden yang terdiri daripada guruguru sekolah rendah di Pedalaman, Sabah. Variabel kajian telah diuji dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan skor min, sisihan piawai, ujian-t , ANOVA, korelasi Pearson dan regresi berganda. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS), Standard Guru Malaysia (SGM) dan Teacher Efficacy Scale (TES) bagi mengumpul data daripada 361 responden yang telah melengkapkan borang soal selidik, daripada 54 buah sekolah rendah yang melibatkan tujuh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Pedalaman, Sabah. Pensampelan secara rawak digunakan bagi memilih responden dalam kalangan guru manakala pensampelan bertujuan digunakan bagi menentukan bilangan sekolah yang mewakili setiap daerah seperti yang telah ditetapkan. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menghuraikan dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan pengajaran guru besar (Min = 4.52; SP = 0.313) berada pada tahap sangat tinggi, kompetensi profesionalisme guru (Min = 4.41; SP = 0.295) juga berada pada tahap sangat tinggi dan kompetensi peribadi guru (Min = 4.47; SP = 0.366) juga berada pada tahap sangat tinggi manakala efikasi pengajaran guru (Min = 3.96; SP = 0.358) berada pada tahap tinggi. Data inferensi dianalisis menggunakan Korelasi Pearson dan regresi berganda. Analisis Korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan pada aras sederhana kuat antara kepimpinan pengajaran guru besar dengan efikasi pengajaran guru (r=.514), hubungan yang signifikan pada aras kuat antara kompetensi profesionalisme guru dengan efikasi pengajaran guru (r=.790) dan hubungan yang signifikan pada aras kuat bagi kompetensi peribadi guru dengan efikasi pengajaran guru (r=.806). Analisis regresi menunjukkan pengaruh kepimpinan pengajaran guru besar menyumbang 65 peratus terhadap efikasi pengajaran guru, kepimpinan pengajaran guru besar dan kompetensi profesionalisme guru menyumbang 65.9 peratus terhadap efikasi pengajaran guru dan kepimpinan pengajaran guru besar, kompetensi profesionalisme guru dan kompetensi peribadi guru menyumbang 66.5 peratus terhadap efikasi pengajaran guru dan merupakan peramal yang signifikan kepada tahap efikasi pengajaran guru. |
---|