Program penempatan semula penduduk dan pembangunan bersepadu gana (grid) : implikasi kepada aset penghidupan penduduk

Penempatan semula penduduk merupakan salah satu program yang dilaksanakan untuk memajukan kawasan luar bandar di kebanyakan dunia. Di Malaysia terdapat beberapa program penempatan semula penduduk yang dilaksanakan seperti FELDA, Rancangan Pengumpulan Orang Asli dan Penempatan Semula Empangan Bakun t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roben Well
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41371/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41371/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penempatan semula penduduk merupakan salah satu program yang dilaksanakan untuk memajukan kawasan luar bandar di kebanyakan dunia. Di Malaysia terdapat beberapa program penempatan semula penduduk yang dilaksanakan seperti FELDA, Rancangan Pengumpulan Orang Asli dan Penempatan Semula Empangan Bakun telah memberikan impak kepada penduduk yang terlibat. Selaras dengan trend global pada masa kini yang menekankan kepada pembangunan mampan, terdapat keperluan untuk menilai impak pelaksanaan sesebuah program penempatan semula penduduk. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menilai implikasi GRID kepada aset penghidupan peserta. Terdapat tiga objektif telah digariskan iaitu mengenal pasti aktiviti sosioekonomi peserta sebelum dan selepas pelaksanaan GRID, menganalisis impak GRID kepada aset penghidupan peserta dan mencadangkan langkah untuk memperkasa aset penghidupan peserta. Seterusnya, pendekatan kajian kuantitatif dan kualitatif telah digunakan dengan data dicerap menggunakan borang soal selidik, temu bual, dan pemerhatian. Seramai 103 orang responden telah terlibat yang terdiri daripada ketua keluarga dan mempunyai pengalaman hidup di kampung asal dan GRID. Selanjutnya, data kuantitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dengan data dipersembahan dalam bentuk frekuensi, min dan graf. Manakala, data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah analisis naratif. Hasil kajian mendapati setelah peserta berpindah ke GRID aktiviti bukan pertanian menjadi aktivti yang semakin penting dan aktviti pertanian tetap menjadi aktiviti utama mereka di kedua-dua kawasan. Seterusnya, impak positif yang ketara ialah impak kepada aset fizikal seperti penyediaan kemudahan infrastruktur yang konsisten dan impak kepada aset manusia seperti peningkatan taraf pendidikan golongan muda. Selain itu, program GRID telah mendatangkan impak negatif kepada aset semula jadi seperti kehilangan akses sumber hutan dan pemilikan tanah. Secara keseluruhannya, penggunaan Sustainable Livelihood Approach (SLA) untuk mengenal pasti impak penempatan semula telah membantu untuk melihat impak GRID terhadap aset penghidupan peserta secara menyeluruh.