Motivational interviewing : pembinaan latihan adaptasi motivational interviewing (AMI), kesan latihan strategi AMI ke atas kaunselor pelatih dan pengaruh elemen budaya ke atas kesan latihan

Kajian Motivational Interviewing, MI secara berterusan telah menunjukkan hasil yang positif dalam pelbagai seting dan populasi tetapi tidak banyak kajian yang memfokuskan kepada aspek dalaman dan proses yang berkaitan dengan latihan kaunselor dalam konteks budaya berbeza. Kajian eksperimen-kuasi ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Puteri Hayati Megat Ahmad
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41450/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41450/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian Motivational Interviewing, MI secara berterusan telah menunjukkan hasil yang positif dalam pelbagai seting dan populasi tetapi tidak banyak kajian yang memfokuskan kepada aspek dalaman dan proses yang berkaitan dengan latihan kaunselor dalam konteks budaya berbeza. Kajian eksperimen-kuasi ini bertujuan untuk membina satu strategi latihan Adaptasi Motivational Interviewing, AMI dalam latar budaya baru, menjalankannya ke atas kaunselor pelatih dan melihat pengaruh elemen budaya ke atas kesan latihan dengan mengambil kira faktor integriti dan keakuran kajian. Kajian ini melibatkan 113 kaunselor pelatih dan menggunakan Counseling Response Questionnaires, Confidence and Knowledge Scale dan Edwards Personal Preference Schedule. Rating kesan latihan diukur melalui alat kajian Motivational Interviewing Treatment Integrity, MITI 3.0 dan The Behavior Change Counseling Index, BECCI. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan kesan latihan (pengetahuan, respon empati dan keyakinan melaksanakan kaunseling, kemahiran MI dan kemahiran mengubah tingkah laku) antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dari aspek perkaitan pula, wujudnya hubungan positif yang signifikan antara personaliti, pengetahuan, respon empati dan keyakinan dengan kemahiran MI dan kemahiran mengubah tingkah laku. Hasil analisis regresi pelbagai mendapati respon empati adalah peramal signifikan terhadap kemahiran MI, kemahiran mengubah tingkah laku dan tempoh masa bercakap kaunselor semasa sesi manakala Personaliti Mengasuh menjadi peramal paling signifikan bagi kemahiran kadar keseluruhan MI, empati, kemahiran keakuran MI, respon refleksikompleks, kemahiran mengubah tingkah laku dan tempoh masa bercakap pelatih semasa sesi. Walau bagaimanapun, strategi latihan ini gagal meningkatkan penguasaan kemahiran subjek kepada tahap kecekapan kecuali bagi kemahiran respon refleksi-kompleks. Kajian ini menyumbang kepada pembinaan teori Motivational Interviewing dalam konteks pelbagai budaya serta menjadi model dalam latihan AMI di Malaysia tanpa mengabaikan aspek intergriti dan keakuran kajian.