Teknik penyuntingan dalam empat buah filem genre aksi jalanan terpilih di Malaysia

Kajian ini lebih memfokuskan kepada adegan-adegan aksi jalanan bermotor dengan membuat penelitian terhadap kesesuaian teknik-teknik suntingan terhadap adegan aksi jalanan melalui analisis filem aksi jalanan terpilih. Analisis dilakukan dengan membincangkan secara lebih terperinci terhadap adegan aks...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosli Sareya
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41455/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41455/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini lebih memfokuskan kepada adegan-adegan aksi jalanan bermotor dengan membuat penelitian terhadap kesesuaian teknik-teknik suntingan terhadap adegan aksi jalanan melalui analisis filem aksi jalanan terpilih. Analisis dilakukan dengan membincangkan secara lebih terperinci terhadap adegan aksi jalanan yang terpilih. Kajian ini mengambil empat buah filem aksi jalanan iaitu KL Menjerit (2002), Impak Maksima (2007), V3 Samseng Jalanan (2010) dan Evolusi KL Drift 2 (2010) sebagai kajian kes. Data diperolehi menerusi penontonan berterusan terhadap filem-filem aksi terpilih dengan melihat secara stop motion iaitu meneliti frame by frame gambar dalam setiap adegan aksi jalanan. Selain itu, maklumat mengenai teknik penyuntingan filem juga diperolehi menerusi temuramah dengan pengarah dan penyunting filem-filem aksi jalanan tersebut. Maklumat lain juga diperolehi daripada jurnal, buku, internet, bahan penerbitan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), majalah, akhbar dan kertas kerja dari penyelidik-penyelidik terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat buah filem aksi tersebut disunting menggunakan jenis teknik penyuntingan yang mampu melahirkan kesan dramatik. Namun teknik penyuntingan parallel tidak digunakan oleh keempat-empat penyunting filem tersebut. Selain itu pengkaji mendapati bahawa elemen seperti cemas, teruja, kejutan, debaran dan bersemangat harus ada dalam membentuk sesebuah adegan aksi jalanan bagi menghasilkan kesan dramatik yang lebih berkualiti dan realistik. Menerusi kajian ini nanti, diharap para penyunting filem aksi jalanan khususnya dapat memahami dan seterusnya mengetahui penggunaan teknik-teknik penyuntingan mengikut kesesuaian pada sesebuah adegan aksi jalanan.