Kajian corak etnografi masyarakat Kadazan Dusun di Tambunan menggunakan analisis Sistem Maklumat Geografi (GIS)
Etnografi merupakan kajian terhadap bahasa, sistem teknologi, sistem ekonomi, organisasi sosial, sistem pengetahuan, kesenian dan sistem keagamaan. Ciri-ciri etnografi adalah penting dipelihara demi keamanan, cara hidup yang stabil dan memelihara sumber serta persekitaran mereka. Mutakhir ini, keper...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41470/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41470/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Etnografi merupakan kajian terhadap bahasa, sistem teknologi, sistem ekonomi, organisasi sosial, sistem pengetahuan, kesenian dan sistem keagamaan. Ciri-ciri etnografi adalah penting dipelihara demi keamanan, cara hidup yang stabil dan memelihara sumber serta persekitaran mereka. Mutakhir ini, keperluan GIS dalam bidang pemetaan etnografi semakin meningkat memandangkan keberkesanannya dalam bidang ini. Hal ini adalah berkait rapat dengan kemampuan GIS dalam membangunkan, menyimpan, mengelola dan menampilkan maklumat yang berkaitan dengan geografi. Tambahan lagi, kelemahan dalam kajian lepas berkaitan dengan pemetaan etnografi seperti kaedah paparan yang terhad, melibatkan kawasan yang umum dan tidak berfokus kepada satu ciri menjadikan kajian dalam bidang ini perlu diberikan perhatian yang lebih. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk memetakan lokasi yang berkaitan dengan etnografi masyarakat Kadazan Dusun dalam ruang dengan menggunakan aplikasi GIS. Seterusnya ia membantu dalam mengenalpasti kampung-kampung yang masih kaya dengan ciri etnografi dan sekaligus memelihara warisan tradisi masyarakat Kadazan Dusun tersebut. Kajian ini menggunakan data sedia ada hasil daripada projek penyelidikan lepas di mana data tersebut dimasukkan dalam perisian GIS dan seterusnya dianalisis menggunakan dua jenis analisis iaitu analisis peta aliran kepadatan migrasi yang menggunakan teknik XY To Line dan analisis corak kepadatan yang menggunakan teknik pertindanan. Hasil kajian yang diperolehi merupakan peta aliran migrasi dan peta corak kepadatan etnografi yang merangkumi peta corak kepadatan rendah, sederhana dan tinggi. Berdasarkan peta corak kepadatan tersebut, sebanyak 45 kampung di Tambunan mempunyai corak kepadatan ciri etnografi yang tinggi. Daripada senarai kampung tersebut, didapati kampung Kiawayan mempunyai persilangan kepadatan yang tertinggi untuk corak dan aliran sebaran. Kajian ini menyumbang kepada bidang etnografi dengan menggunakan analisis GIS yang mendalam dengan ciri etnografi yang pelbagai. Ini dilakukan melalui analisis sebaran migrasi dan pertindanan ke atas tiga jenis kumpulan ciri etnografi kebudayaan, sosio ekonomi dan pembangunan untuk mengenalpasti corak kepadatan etnografi masyarakat Kadazan Dusun. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu penyelidik sejarawan menentukan laluan-laluan migrasi yang dilakukan oleh kaum Kadazan Dusun sejak dahulu lagi, meningkatkan pengetahuan orang ramai dalam bidang pemetaan etnografi dan pada masa yang sama membantu pihak kerajaan atau swasta untuk mengenalpasti kawasan etnografi masyarakat Kadazan Dusun yang perlu dipelihara. |
---|