Pengaruh kecerdasan emosi, budaya sekolah, lokus kawalan dalaman dan kepuasan komunikasi terhadap komitmen guru

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap, hubungan serta pengaruh kecerdasan emosi, budaya sekolah, lokus kawalan dalaman dan kepuasan komunikasi terhadap komitmen guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggabungkan teknik pensampelan kebarangkalian berstrata, kelompok...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lily James Billy
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41476/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41476/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap, hubungan serta pengaruh kecerdasan emosi, budaya sekolah, lokus kawalan dalaman dan kepuasan komunikasi terhadap komitmen guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggabungkan teknik pensampelan kebarangkalian berstrata, kelompok dan rawak mudah melibatkan 458 orang responden dalam kalangan guru sekolah rendah di pedalaman atas Sabah. Soal selidik terdiri daripada enam bahagian iaitu ciri demografi, komitmen guru, kecerdasan emosi, budaya sekolah, lokus kawalan dalaman dan kepuasan komunikasi. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics Version 25 secara deskriptif dan inferensi (ujian-t , ANOVA sehala, Korelasi Pearson, Regresi Linear Berganda Stepwise) pada aras signifikan p<.05. Dapatan kajian menunjukkan semua variabel tidak bersandar iaitu kecerdasan emosi (M=4.16), budaya sekolah (M=3.96), lokus kawalan dalaman (M=3.91) dan kepuasan komunikasi (M=3.90) berada pada tahap tinggi. Manakala variabel bersandar iaitu komitmen guru (3.54) berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan komitmen guru berdasarkan jantina. Manakala tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan kecerdasan emosi, budaya sekolah, lokus kawalan dalaman dan kepuasan komunikasi berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan lokus kawalan dalaman berdasarkan pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan kecerdasan emosi, budaya sekolah, kepuasan komunikasi dan komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan kecerdasan emosi (r=0.16, p<0.01), budaya sekolah (r=0.43, p<0.01), lokus kawalan dalaman (r=0.27, p<0.01) dan kepuasan komunikasi (r=0.33, p<0.01) dengan komitmen guru. Melalui analisis Regresi Berganda Stepwise , kombinasi bagi ketiga-tiga variabel peramal iaitu budaya sekolah, lokus kawalan dalaman dan kepuasan komunikasi membuktikan bahawa terdapat pengaruh sebanyak 22.1 peratus terhadap komitmen guru. Dapatan kajian menunjukkan budaya sekolah merupakan peramal utama komitmen guru. Justeru pihak berkepentingan khususnya bidang pengurusan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah boleh merancang program berbentuk penerapan budaya sekolah yang bertujuan meningkatkan tahap komitmen guru.