Aplikasi model rasch dalam penilaian ciri-ciri psikometrik inventori konsep daya

Inventori Konsep Daya merupakan sebuah intrumen yang telah diadaptasi daripada Force Concept Inventory (FCI). Instrumen ini merupakan instrumen yang terdiri daripada 30 item diagnostik berkaitan konsep daya dan gerakan. Berdasarkan penelitian kajian-kajian sebelum ini, antara isu utama yang sering d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Afiqah Basran
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41522/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41522/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Inventori Konsep Daya merupakan sebuah intrumen yang telah diadaptasi daripada Force Concept Inventory (FCI). Instrumen ini merupakan instrumen yang terdiri daripada 30 item diagnostik berkaitan konsep daya dan gerakan. Berdasarkan penelitian kajian-kajian sebelum ini, antara isu utama yang sering dipersoalkan dalam FCI adalah kebolehpercayaan instrumen tersebut apabila ditadbir pada kumpulan yang berbeza. Apabila kajian dijalankan dalam negara, pengkaji sering kali menggunakan analisis kebolehpercayaan yang terdapat di bawah Teori Ujian Klasik. Pelbagai kelemahan yang dikesan apabila penilaian menggunakan analisis di bawah Teori Ujian Klasik diaplikasikan. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengaplikasikan model Rasch yang terdapat di bawah Teori Item- Respon dalam menganalisis item-item Inventori Konsep Daya yang diterjemahkan daripada Force Concept Inventory (FCI). Berberapa analisis seperti analisis kebolehpercayaan, indeks pengasingan, infit dan outfit, polariti serta penilaian peta individu-item (Wright map) dipilih bagi menentukan kesahan item dan instrumen. Populasi kajian ini merupakan pelajar yang terlibat dengan pembelajaran dan pengajaran konsep daya dan gerakan. 300 sampel diambil daripada pelajar sekolah, pelajar asasi dan pelajar ijazah sarjana muda yang telah mempelajari topik ini. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Winsteps. Hasil kajian mendapati instrumen Inventori Konsep Daya merupakan sebuah instrumen yang baik dengan nilai indeks kebolehpercayaan serta indeks pengasingan yang tinggi, nilai polariti setiap item yang positif, dan kesemua item adalah padan dengan Model Rasch. Namun begitu, instrumen ini secara keseluruhannya adalah sukar kepada kumpulan responden kajian ini. Kajian ini penting dalam memberi maklumat kepada pengkaji lain yang menggunakan FCI sebagai instrumen dalam kajian mereka. Tambahan pula, dapatan kajian ini juga dapat digunakan untuk membuat perbandingan dengan kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini untuk menghasilkan kesimpulan yang lebih tepat.