Sejarah reaksi dan tindak balas British terhadap kegiatan perisikan Jepun di Borneo Utara sebelum perang Dunia kedua 1884-1941

Tesis ini mengkaji tentang kegiatan risikan orang Jepun dan reaksi British terhadap kegiatan perisikan Jepun di Borneo Utara sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kajian ini bermula dari tahun 1884 sehingga tahun 1941. Dalam siri penghijrahan orang Jepun ke Borneo Utara untuk tujuan ekonomi. Pada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Subramaniam Raman
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41574/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41574/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini mengkaji tentang kegiatan risikan orang Jepun dan reaksi British terhadap kegiatan perisikan Jepun di Borneo Utara sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Kajian ini bermula dari tahun 1884 sehingga tahun 1941. Dalam siri penghijrahan orang Jepun ke Borneo Utara untuk tujuan ekonomi. Pada tahun-tahun pentadbiran SBBU, memerlukan modal dan tenaga kerja untuk memajukan Borneo Utara. Keadaan ini telah memberi peluang kepada orang Jepun untuk datang ke Borneo Utara untuk melabur dan menjalankan kegiatan ekonomi. Negara Jepun mempunyai cita-cita tersendiri iaitu menjadi satu kuasa dunia yang disegani serta berjaya dalam ekonomi. Dalam memajukan ekonomi, mereka juga mewujudkan angkatan tentera yang hebat di samping, menjalankan kegiatan ekonomi mereka menjadi perisik kepada Kerajaan Jepun dan menyalurkan maklumat mengenai penjajah di Sabah. Pelbagai helah digunakan untuk menjalankan kegiatan ini. Jalinan rangkaian perisikan telah diwujudkan dengan kapal-kapal laut Jepun. Para pegawai tinggi Jepun dihantar ke Borneo Utara dengan menyamar sebagal usahawan, pekerja atau pemodal. Tindak-tanduk perisikan ini semakin mendapat perhatian British selepas mereka menduduki Manchuria. Gerak-geri orang Jepun di Borneo Utara mencurigakan British. Pegawai-pegawai tinggi Jepun mula melawat Borneo Utara dengan lebih kerap menjelang tahun 1938. Jepun telah menggunakan perisikannya dalam semua sektor seperti peruncit, dobi, tukang gunting rambut, jurugambar, pemilik hotel, pelacur dan pengurus sebagai ejen mereka di Borneo Utara. Untuk mengatasi ini, British telah mengambil beberapa langkah antaranya ialah kegiatan propaganda dijalnkan di semua tempat melalui akhbar dan instrumen lain. Akta tanah simpanan dan juga kawasan larangan telah diperkenalkan untuk menghalang Jepun membeli dan memilih tanah. Akta imigresen digunakan untuk menyekat kemasukan orang Jepun ke Borneo Utara. Akta senjata dan bahan letupan digunakan untuk mengawal senjata. British bersama sekutunya Amerika telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun. Beberapa bahan mentah telah disekat dari dibeli oleh Jepun. Akibat sekatan, Jepun terasa ekonominya terancam dan telah melakukan serangan ke atasa Asia Tenggara termasuk Borneo Utara. Kesimpulannya kemenangan Jepun yang cepat ini adalah hasil dari kegiatan risikan mereka yang berkesan.