Pengaruh kepercayaan tentang pendidikan seni visual dan kreativiti pengajaran guru pendidikan seni visual terhadap perkembangan artistik murid sekolah rendah

Kajian bertujuan mengkaji pengaruh kepercayaan tentang Pendidikan Seni Visual dan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Seni Visual terhadap perkembangan artistik murid sekolah rendah di Sabah. Seramai 215 guru Pendidikan Seni Visual Tahun Lima dan 215 murid Tahun Lima dari sekolah Gabungan Kota Kin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosmawati Hamzah
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41680/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41680/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian bertujuan mengkaji pengaruh kepercayaan tentang Pendidikan Seni Visual dan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Seni Visual terhadap perkembangan artistik murid sekolah rendah di Sabah. Seramai 215 guru Pendidikan Seni Visual Tahun Lima dan 215 murid Tahun Lima dari sekolah Gabungan Kota Kinabalu, Sabah telah dipilih dengan kaedah persampelan bergabung. Kajian ini adalah kajian kuantitatif bukan eksperimen menggunakan kaedah tinjauan sampel untuk memungut data. Data daripada guru diperoleh melalui instrumen soal selidik manakala data daripada murid diperoleh daripada skor representasi visual melalui instrumen Ujian Lukisan 1 dan Ujian Lukisan 2. Pemboleh ubah bebas adalah kepercayaan tentang Pendidikan Seni Visual dan kreativiti pengajaran guru manakala pemboleh ubah bersandar ialah perkembangan artistik murid. Data dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) for Windows versi 15.0. Analisis univariat (ujian–t, ANOVA ) dan pelbagai variat (korelasi Pearson dan regresi berganda langkah-demi-langkah) untuk menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam min kepercayaan tentang Pendidikan Seni Visual dan kreativiti pengajaran guru mengikut ciri-ciri demografi. Korelasi positif didapati wujud antara kepercayaan tentang Pendidikan Seni Visual dengan kreativiti pengajaran guru dan antara kreativiti pengajaran guru dengan perkembangan artistik murid. Analisis regresi berganda menunjukkan tahap kepercayaan tentang Pendidikan Seni Visual menyumbang sebanyak 20.1% terhadap kreativiti pengajaran guru manakala tahap kreativiti pengajaran guru menyumbang sebanyak 17.1% terhadap tahap perkembangan artistik murid. Seterusnya, hasil menunjukkan juga dimensi tujuan dan dimensi penilaian dalam kepercayaan tentang Pendidikan Seni Visual menyumbang secara signifikan terhadap kreativiti pengajaran guru dan dimensi keaslian dalam kreativiti pengajaran guru menyumbang secara signifikan terhadap perkembangan artistik murid. Analisis menunjukkan juga perkembangan artistik murid pada tahap sederhana. Keseluruhan dapatan kajian membawa implikasi kepada pihak yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Seni Visual bagi merancang program-program yang berkesan dalam usaha melahirkan murid yang artistik. Bagi merealisasi jangkauan, pelbagai perbezaan ciri demografi guru tidak harus dipinggirkan di samping turut melihat kepentingan kepercayaan tentang Pendidikan Seni Visual dan kreativiti pengajaran guru sebagai faktor yang mampu menyumbangkan pengaruh ke arah pencapaian perkembangan artistik murid melalui pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.