Sumbangan industri kraftangan terhadap pembangunan kawasan luar bandar di Sabah : kajian kes di daerah Kudat
Kraftangan menjadi sebuah barangan komersial yang semakin penting dalam sektor pelancongan di Sabah dan kebanyakkan pengusahanya adalah tertumpu di kawasan luar Bandar. Justeru itu, sumbangan kraftangan terhadap pembangunan di kawasan luar bandar adalah dianggap sangat penting. Namun demikian, sumba...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41689/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41689/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kraftangan menjadi sebuah barangan komersial yang semakin penting dalam sektor pelancongan di Sabah dan kebanyakkan pengusahanya adalah tertumpu di kawasan luar Bandar. Justeru itu, sumbangan kraftangan terhadap pembangunan di kawasan luar bandar adalah dianggap sangat penting. Namun demikian, sumbangan kraftangan terhadap pembangunan di kawasan luar bandar cenderung dilihat dari aspek peningkatan ekonomi sahaja. Sedangkan, aspek sosial dan kelestarian di kawasan luar bandar juga perlu diberi perhatian. Justeru, kajian ini dibuat bagi mengenalpasti sumbangan kraf tangan dalam pembangunan di kawasan luar Bandar dari aspek ekonomi, sosial dan juga kelestarian (alam sekitar dan budaya). Pendekatan kuantitatif digunakan dengan mengedarkan set borong soal selidik kepada 98 responden di kawasan kajian iaitu di Kg. Sumangkap sebanyak 22 responden dan Kg. Tinongol sebanyak 6 responden. Pemilihan responden dilakukan secara rawak bertujuan iaitu dengan mengambilkira responden yang aktif dan sudah terlibat selama 5 tahun atau lebih dalam perusahaan kraftangan. Teknik analisis deskriptif seperti min, ferkuensi, dan crosstab digunakan di dalam kajian ini. Hasil analisis turut disokong dengan pendekatan kualitatif melalui pemerhatian dan temu bual dengan informan utama. Hasil kajian mendapati bahawa industri kraftangan mempunyai sumbangan yang signifikan dalam pembangunan di kawasan luar Bandar dalam tiga aspek yang berbeza iaitu ekonomi, sosial dan kelestarian persekitaran. Dalam aspek ekonomi, aktiviti perusahaan kraftangan di kawasan kajian menyebabkan wujudnya peluang pekerjaan dan sumber pendapatan, peluang perniagaan produk kraftangan, menjadi pembekal produk kraftangan dan mewujudkan perkhidmatan seperti pengangkutan dan kawasan pelancongan. Dalam aspek sosial pula, perusahaan kraftangan di kawasan kajian menyebabkan peningkatan taraf hidup penduduk, pembangunan kemudahan dan sokongan kampung, pembangunan insan dan memupuk semangat kemasyarakatan. Sementara dalam aspek kelestarian, perusahaan kraftangan di kawasan luar bandar menggalakkan kelestarian persekitaran alam sekitar dan menjamin kelestarian persekitaran budaya. |
---|