Sedimentologi dan stratigrafi di kawasan Weston hingga Sipitang, Sabah
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sedimentologi dan stratigrafi di kawasan Weston hingga Sipitang, Sabah. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Temburong, Formasi Crocker, Formasi Meligan dan Formasi Liang. Melalui kajian yang dijalankan, Formasi Temburong didapati mendasari Formasi C...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41775/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41775/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sedimentologi dan stratigrafi di kawasan Weston hingga Sipitang, Sabah. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Temburong, Formasi Crocker, Formasi Meligan dan Formasi Liang. Melalui kajian yang dijalankan, Formasi Temburong didapati mendasari Formasi Crocker dari segi kedudukan jujukan stratigrafi yang selama ini dianggap sebaliknya. Ini bermaksud, kedudukan jujukan stratigrafi Formasi Temburong yang dahulunya dianggap berada di atas Formasi Crocker kini ditafsir mendasari Formasi Crocker. Analisis fasies, kajian sekutuan fasies, keratan rentas, kajian litostratigrafi dan korelasi unit-unit litostratigrafi di kawasan kajian banyak membantu dalam mentafsir stratigrafi dan memperbaharui kedudukan stratigrafi bagi jujukan Paleogen. Berdasarkan model jujukan stratigrafi di kawasan kajian, Formasi Temburong serta Formasi Crocker kedua-duanya berusia Oligosen Atas hingga Miosen Bawah dengan hubungan saling menjejari. Selain itu, terdapat hiatus di antara Formasi Temburong dan Formasi Crocker dengan Formasi Meligan yang berusia Miosen Tengah hingga Miosen Atas. Pada bahagian atas Formasi Crocker terdapat ketakselarasan Top Crocker Unconfirmity (TCU) dan seterusnya Formasi Liang yang berusia Pliosen menindih Formasi Meligan dengan ketakselarasan yang dikenali sebagai Pliocene Unconfirmity (PLU). |
---|