Pola kegunaan dan kepuasan penggunaan akhbar dalam kalangan remaja di Pantai Barat Sabah

Pola penggunaan akhbar dalam kalangan remaja di Sabah merupakan sesuatu yang menarik untuk diselidiki khususnya melihat industri persuratkhabaran di Sabah yang kian berkembang. Kajian ini mempersembahkan pola kegunaan dan kepuasan penggunaan akhbar dengan menggunakan survei ke atas 270 remaja di sek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aisah Meri
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41845/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41845/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pola penggunaan akhbar dalam kalangan remaja di Sabah merupakan sesuatu yang menarik untuk diselidiki khususnya melihat industri persuratkhabaran di Sabah yang kian berkembang. Kajian ini mempersembahkan pola kegunaan dan kepuasan penggunaan akhbar dengan menggunakan survei ke atas 270 remaja di sekitar Pantai Barat Sabah berpandukan kepada teori kegunaan dan kepuasan (U&G). Hasil dapatan kajian mendapati keperluan utama yang mendorong remaja Sabah untuk mengakses akhbar adalah keperluan kognitif, komunikasi dan penyepaduan sosial. Data juga menunjukkan remaja kerap menggunakan akhbar untuk pembelajaran, memperolehi bahan yang sukar diperolehi di tempat lain dan pencarian maklumat. Sementara itu, kepuasan yang paling tinggi diperolehi remaja ini adalah perbincangan interpersonal, pengawasan dan motivasi. Kajian mendapati dalam situasi kaya media pada hari ini, akhbar begitu utuh dengan peranan dan fungsinya serta masih diterima dalam kalangan remaja walaupun terpaksa bersaing dengan media lain.