Sejarah pengurusan kewangan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) di Borneo Utara, 1881-1941
Kajian ini membincangkan aspek pengurusan kewangan dari perspektif sejarah ekonomi. Pengurusan kewangan yang dibincangkan adalah berdasarkan perlaksanaan amalan pengurusan kewangan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) yang mentadbir Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga 1941. Pentadbiran B...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
اللغة: | English English |
منشور في: |
2013
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41857/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41857/2/FULLTEXT.pdf |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Kajian ini membincangkan aspek pengurusan kewangan dari perspektif sejarah ekonomi. Pengurusan kewangan yang dibincangkan adalah berdasarkan perlaksanaan amalan pengurusan kewangan British North Borneo Chartered Company (BNBCC) yang mentadbir Borneo Utara dari tahun 1881 sehingga 1941. Pentadbiran BNBCC selama 60 tahun telah membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan prasarana khususnya dalam aktiviti pengurusan kewangan. Ini kerana pengurusan kewangan merupakan elemen utama yang berperanan signifikan menunjangi kelangsungan operasi kerajaan ataupun organisasi perniagaan. Kajian ini disempurnakan dengan mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menelaah sumber primer sebagai bahan utama yang terdiri daripada fail pentadbiran dan laporan kewangan BNBCC yang diperolehi di Arkib Negeri Sabah. Selain itu, untuk mengukuhkan perbincangan dalam kajian ini, interpretasi dilakukan dari penulisan mengenai BNBCC dan Borneo Utara yang didapati melalui buku, artikel dan kertas persidangan. Sehubungan itu, kewujudan pengurusan kewangan adalah salah satu faktor kelangsungan pentadbiran BNBCC di Borneo Utara sehingga dikatakan sebagai kompeni British yang lama bertahan berbanding kompeni British yang lain. |
---|