Pengalaman tahun pertama pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Pengalaman tahun pertama pelajar antarabangsa mempengaruhi keputusan mereka untuk meneruskan pengajian di luar negara. Kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengalaman pertama pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah telah dijalankan. Objektif kajian ini ad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasbullah Awang
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42065/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42065/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengalaman tahun pertama pelajar antarabangsa mempengaruhi keputusan mereka untuk meneruskan pengajian di luar negara. Kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengalaman pertama pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah telah dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh pengalaman tahun pertama dalam membentuk sikap dalam kalangan pelajar antarabangsa; (ii) mengenal pasti sama ada terdapat pengaruh pengalaman tahun pertama dalam pencapaian akademik dalam kalangan pelajar antarabangsa; dan (iii) mengkaji penyesuaian persekitaran baharu dalam mewujudkan pengalaman tahun pertama yang bermakna di kalangan pelajar antarabangsa. Temubual mendalam separa berstruktur telah dijalankan dengan 20 responden kajian yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Dapatan kajian memperoleh lima tema (akademik, budaya, kewangan, perkhidmatan universiti dan sosial) untuk menerangkan pengaruh pengalaman tahun pertama dalam membentuk sikap dalam kalangan pelajar antarabangsa. Sementara itu, satu tema (akademik) menerangkan pengaruh pengalaman tahun pertama dalam pencapaian akademik di kalangan pelajar antarabangsa, manakala dua tema (budaya dan perkhidmatan universiti) untuk menerangkan penyesuaian persekitaran baharu dalam mewujudkan pengalaman tahun pertama yang bermakna di kalangan pelajar antarabangsa. Seterusnya, setiap tema dibahagikan kepada beberapa sub-tema yang lain. Antara lainnya juga, kajian ini telah menemui tema baharu yang boleh menyumbang kepada pengkayaan kerangka tarikan dan tolakan Mazzarol dan Soutar (2002) iaitu kejutan budaya dan akses makanan. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa faktor-faktor yang dikenal pasti dalam kajian perlu diambil kira agar universiti tempatan seperti UMS dapat meningkatkan lagi enrolmen pelajar antarabangsa yang berpuas hati dengan pengalaman tahun pertama mereka. Kajian lanjut perlu melibatkan lebih banyak universiti awam dan swasta dengan saiz sampel yang lebih besar untuk memberikan lebih banyak maklumat tentang pengalaman tahun pertama pelajar antarabangsa di negara ini.