Aplikasi bahan alam dalam menghasilkan gerlis ke atas permukaan seramik
Hampir 3.2 juta tan silika dibuang begitu sahaja. Buangan kayu pula yang dilupuskan setiap tahun tanpa dimanfaatkan menyebabkan pembaziran yang besar bagi industri lain. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti, mendokumentasikan bahan-bahan alam serta proses yang digunakan untuk menghasi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42183/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42183/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Hampir 3.2 juta tan silika dibuang begitu sahaja. Buangan kayu pula yang dilupuskan setiap tahun tanpa dimanfaatkan menyebabkan pembaziran yang besar bagi industri lain. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti, mendokumentasikan bahan-bahan alam serta proses yang digunakan untuk menghasilkan gerlis dan menganalisis data berdasarkan kandungan nisbah, warna, tekstur dan kesan istimewa yang terhasil pada sampel kajian. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif di mana data primer diperolehi melalui temu bual, pemerhatian dan kajian lapangan. Data sekunder diperoleh melalui bahan bercetak yang diperoleh dari rujukan perpustakaan, jurnal, surat khabar dan majalah. Kaedah uji kaji bengkel dijalankan di bengkel seramik dan kajian ini menggunakan formula Triaxial Line Blend oleh Micheal Cerv (2016). Formula ini memahami konsep tentang penggunaan dua atau tiga bahan untuk diaplikasikan dalam penghasilan licau. Terdapat tiga bahan semula jadi yang digunakan oleh pengkaji adalah tanah liat, abu sekam padi dan abu kayu. Pengkaji menghasilkan sebanyak 72 sampel yang menggunakan dua jenis permukaan. Pengkaji seterusnya menggunakan dua jenis teknik yang berbeza untuk melihat perubahan dan tindak balas pada permukaan seramik. Hasil kajian ini mendapati bahawa lapan sampel telah memberikan kesan matt, 12 sampel memberikan kesan semi-matt, 29 mencatatkan jumlah sampel yang banyak dalam memberikan kesan satin dan 23 sampel daripada semi satin. Sampel ini berfungsi sebagai hiasan, kemasan yang licin, kalis air, kesan dekorasi/jalinan dan kesan tahan lasak pada permukaan sampel. Kajian ini dapat memberikan impak terhadap satu penemuan baharu dalam penghasilan gerlis yang menggunakan bahan alam semula jadi khususnya di Sabah. |
---|