Pengaruh ejekan penampilan fizikal terhadap penghargaan tubuh badan dalam kalangan remaja : ketidakpuasan terhadap tubuh badan dan strategi daya tindak sebagai pengantara
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh ejekan penampilan fizikal ke atas penghargaan tubuh badan dalam kalangan remaja. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji kesan tidak langsung ketidakpuasan terhadap tubuh badan dan strategi daya tindak dalam hubungan antara ejekan penampilan fizikal dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42186/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42186/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh ejekan penampilan fizikal ke atas penghargaan tubuh badan dalam kalangan remaja. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji kesan tidak langsung ketidakpuasan terhadap tubuh badan dan strategi daya tindak dalam hubungan antara ejekan penampilan fizikal dan penghargaan tubuh badan. Seramai 363 orang remaja (179 pelajar lelaki dan 184 pelajar perempuan) berumur 16 tahun terlibat sebagai responden kajian. Keseluruhan responden merupakan pelajar daripada empat buah sekolah menengah di Kota Kinabalu, Sabah. Physical Appearance-Related Teasing Scale – Revised, Body Esteem Scale for Adolescents and Adults, Eating Disorder Inventory – Body Dissatisfaction subscale dan Body Image Coping Strategies Inventory digunakan untuk mengutip data kuantitatif tentang pengalaman responden terhadap ejekan penampilan fizikal, penghargaan tubuh badan, ketidakpuasan terhadap tubuh badan dan strategi daya tindak berasaskan imej tubuh badan. Korelasi Pearson menunjukkan bentuk gangguan, ejekan penampilan dan ejekan fizikal berkorelasi negatif dengan penghargaan penampilan dan penghargaan berat badan. Sementara, ketiga-tiga jenis ejekan ini tidak berkorelasi dengan penghargaan atribusi. Analisis laluan ordinary least square menggunakan prosedur bootstrapping mendapati ketidakpuasan terhadap tubuh badan mengantara hubungan antara ejekan penampilan fizikal (bentuk gangguan, ejekan penampilan dan ejekan fizikal) dan penghargaan penampilan. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga jenis ejekan ini masih mempengaruhi penghargaan penampilan secara langsung. Ketidakpuasan ini juga mengantara hubungan antara ejekan penampilan fizikal (bentuk gangguan, ejekan penampilan dan ejekan fizikal) dan penghargaan berat badan. Walaubagaimanapun, ejekan fizikal masih mempengaruhi penghargaan berat badan secara langsung. Hasil kajian mendapati strategi penerimaan rasional positif mengantara hubungan antara ejekan penampilan fizikal (bentuk gangguan, ejekan penampilan dan ejekan fizikal) dan penghargaan penampilan. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga jenis ejekan ini masih mempengaruhi penghargaan penampilan secara langsung. Strategi penerimaan rasional positif mengantara hubungan antara ejekan penampilan fizikal (bentuk gangguan, ejekan penampilan dan ejekan fizikal) dan penghargaan tubuh badan (penghargaan berat badan dan atribusi). Walaubagaimanapun, ejekan fizikal masih mempengaruhi penghargaan berat badan dan atribusi secara langsung. Strategi penetapan penampilan mengantara hubungan antara ejekan penampilan fizikal (bentuk gangguan dan ejekan penampilan) dan penghargaan penampilan. Walaubagaimanapun, kedua-dua bentuk gangguan dan ejekan penampilan masih mempengaruhi penghargaan penampilan secara langsung. Strategi penetapan penampilan juga mengantara hubungan antara ejekan penampilan fizikal (bentuk gangguan, ejekan penampilan dan ejekan fizikal) dan penghargaan atribusi. Walaubagaimanapun, ejekan fizikal masih mempengaruhi penghargaan atribusi secara langsung. Strategi pengelakan pula hanya mengantara hubungan antara ejekan penampilan fizikal (bentuk gangguan, ejekan penampilan dan ejekan fizikal) dan penghargaan penampilan. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga jenis ejekan ini masih mempengaruhi penghargaan penampilan secara langsung. Implikasi hasil kajian secara metodologikal, teoritikal dan praktikal dibincangkan secara mendalam. Selain itu, limitasi dan saranan/cadangan berkaitan kajian ini juga dibincangkan secara mendalam. |
---|