Proses pembentukan kata kerja terbitan dan fungsi pengimbuhan bahasa Kadazandusun

Bahasa Kadazandusun mula diajarkan di sekolah seawal tahun 1988 di bawah polisi pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda pelajar [Pupils’s Own Language]. Pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan bahasa Kadazandusun sebagai mata pelajaran bahasa tambahan di beberapa buah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rozita Buyoh
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42205/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42205/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ums-ep.42205
record_format uketd_dc
spelling my-ums-ep.422052024-12-16T04:07:58Z Proses pembentukan kata kerja terbitan dan fungsi pengimbuhan bahasa Kadazandusun 2018 Rozita Buyoh PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages Bahasa Kadazandusun mula diajarkan di sekolah seawal tahun 1988 di bawah polisi pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda pelajar [Pupils’s Own Language]. Pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan bahasa Kadazandusun sebagai mata pelajaran bahasa tambahan di beberapa buah sekolah rendah terpilih di negeri Sabah. Dialek Bunduliwan diangkat sebagai dialek piawai dalam medium pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Kadazandusun banyak menggunakan pengimbuhan untuk menerbitkan perkataan baru. Proses pengimbuhan dalam kata kerja terbitan bahasa ini mempamerkan pola yang kompleks. Setiap bentuk imbuhan mempunyai fungsi gramatikalnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun aspek ini belum dikaji dengan terperinci. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis imbuhan yang membentuk kata kerja terbitan; menghuraikan proses pembentukan kata kerja terbitan; dan mengenal pasti fungsi pengimbuhan sebagai penanda fokus, masa, aspek dan ragam. Kajian ini dilakukan dengan kaedah kajian lapangan melalui rakaman temu bual dengan penutur natif dialek Bundu dan dialek Liwan di daerah Ranau, Tambunan dan Keningau. Triangulasi kaedah dan data turut dilakukan dengan membuat kajian lapangan di Unit Siaran Bahasa Dusun, Radio Televisyen Malaysia, Sabah serta mengumpul data dari beberapa buah cerita rakyat Kadazandusun untuk tujuan analisis kandungan. Data transkripsi rakaman temu bual dan teks data sekunder telah dianalisis berdasarkan pendekatan Teori Struktural (Aliran Bloomfield) dengan menghuraikan proses morfologi pembentukan kata kerja terbitan serta menganalisis fungsi imbuhan sebagai penanda fokus, masa, aspek, dan ragam. Hasil kajian mendapati bahasa Kadazandusun membentuk kebanyakan kata terbitannya melalui proses penggabungan kata tunggal, kata terbitan dan kata kerja ganda dengan morfem imbuhan sama ada secara awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Proses pengimbuhan menyebabkan berlakunya proses morfofonemik yang menimbulkan varian imbuhan; serta proses harmoni vokal dan peneutralan dalam beberapa bentuk kata dasar yang menerima imbuhan. Kajian juga mendapati terdapat empat bentuk penanda fokus dalam pengimbuhan iaitu fokus objek, fokus aktor, fokus penerima dan fokus lokasi. Masa dan aspek yang dirujuk merangkumi masa lepas untuk aspek sudah berlaku; masa kini untuk aspek sedang berlaku; masa akan datang untuk aspek akan berlaku atau belum berlaku; serta bentuk neutral yang boleh menduduki ketiga-tiga bentuk penanda masa-aspek. Penanda ragam terdiri daripada potensi dan keupayaan, tanpa sengaja, menyaling, progresif, kehendak, kausatif dan kebarangkalian. Kajian ini telah memberi beberapa implikasi iaitu memperkaya kajian linguistik dan membantu usaha pembinaan dan pemantapan bahasa Kadazandusun. Selain itu, hasil kajian boleh menjadi sumber rujukan pihak penggubal kurikulum subjek bahasa Kadazandusun serta boleh dirujuk oleh tenaga pengajar dan pelajar kursus bahasa ini. Secara ringkasnya, kajian ini wajar diperluaskan kepada dialek-dialek serumpun yang lain demi melengkapkan kajian morfologi rumpun bahasa Kadazandusun. 2018 Thesis https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42205/ https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42205/1/24%20PAGES.pdf text en public https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42205/2/FULLTEXT.pdf text en validuser dphil doctoral Universiti Malaysia Sabah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
institution Universiti Malaysia Sabah
collection UMS Institutional Repository
language English
English
topic PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
spellingShingle PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Rozita Buyoh
Proses pembentukan kata kerja terbitan dan fungsi pengimbuhan bahasa Kadazandusun
description Bahasa Kadazandusun mula diajarkan di sekolah seawal tahun 1988 di bawah polisi pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda pelajar [Pupils’s Own Language]. Pada tahun 1996 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan bahasa Kadazandusun sebagai mata pelajaran bahasa tambahan di beberapa buah sekolah rendah terpilih di negeri Sabah. Dialek Bunduliwan diangkat sebagai dialek piawai dalam medium pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Kadazandusun banyak menggunakan pengimbuhan untuk menerbitkan perkataan baru. Proses pengimbuhan dalam kata kerja terbitan bahasa ini mempamerkan pola yang kompleks. Setiap bentuk imbuhan mempunyai fungsi gramatikalnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun aspek ini belum dikaji dengan terperinci. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis imbuhan yang membentuk kata kerja terbitan; menghuraikan proses pembentukan kata kerja terbitan; dan mengenal pasti fungsi pengimbuhan sebagai penanda fokus, masa, aspek dan ragam. Kajian ini dilakukan dengan kaedah kajian lapangan melalui rakaman temu bual dengan penutur natif dialek Bundu dan dialek Liwan di daerah Ranau, Tambunan dan Keningau. Triangulasi kaedah dan data turut dilakukan dengan membuat kajian lapangan di Unit Siaran Bahasa Dusun, Radio Televisyen Malaysia, Sabah serta mengumpul data dari beberapa buah cerita rakyat Kadazandusun untuk tujuan analisis kandungan. Data transkripsi rakaman temu bual dan teks data sekunder telah dianalisis berdasarkan pendekatan Teori Struktural (Aliran Bloomfield) dengan menghuraikan proses morfologi pembentukan kata kerja terbitan serta menganalisis fungsi imbuhan sebagai penanda fokus, masa, aspek, dan ragam. Hasil kajian mendapati bahasa Kadazandusun membentuk kebanyakan kata terbitannya melalui proses penggabungan kata tunggal, kata terbitan dan kata kerja ganda dengan morfem imbuhan sama ada secara awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Proses pengimbuhan menyebabkan berlakunya proses morfofonemik yang menimbulkan varian imbuhan; serta proses harmoni vokal dan peneutralan dalam beberapa bentuk kata dasar yang menerima imbuhan. Kajian juga mendapati terdapat empat bentuk penanda fokus dalam pengimbuhan iaitu fokus objek, fokus aktor, fokus penerima dan fokus lokasi. Masa dan aspek yang dirujuk merangkumi masa lepas untuk aspek sudah berlaku; masa kini untuk aspek sedang berlaku; masa akan datang untuk aspek akan berlaku atau belum berlaku; serta bentuk neutral yang boleh menduduki ketiga-tiga bentuk penanda masa-aspek. Penanda ragam terdiri daripada potensi dan keupayaan, tanpa sengaja, menyaling, progresif, kehendak, kausatif dan kebarangkalian. Kajian ini telah memberi beberapa implikasi iaitu memperkaya kajian linguistik dan membantu usaha pembinaan dan pemantapan bahasa Kadazandusun. Selain itu, hasil kajian boleh menjadi sumber rujukan pihak penggubal kurikulum subjek bahasa Kadazandusun serta boleh dirujuk oleh tenaga pengajar dan pelajar kursus bahasa ini. Secara ringkasnya, kajian ini wajar diperluaskan kepada dialek-dialek serumpun yang lain demi melengkapkan kajian morfologi rumpun bahasa Kadazandusun.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Rozita Buyoh
author_facet Rozita Buyoh
author_sort Rozita Buyoh
title Proses pembentukan kata kerja terbitan dan fungsi pengimbuhan bahasa Kadazandusun
title_short Proses pembentukan kata kerja terbitan dan fungsi pengimbuhan bahasa Kadazandusun
title_full Proses pembentukan kata kerja terbitan dan fungsi pengimbuhan bahasa Kadazandusun
title_fullStr Proses pembentukan kata kerja terbitan dan fungsi pengimbuhan bahasa Kadazandusun
title_full_unstemmed Proses pembentukan kata kerja terbitan dan fungsi pengimbuhan bahasa Kadazandusun
title_sort proses pembentukan kata kerja terbitan dan fungsi pengimbuhan bahasa kadazandusun
granting_institution Universiti Malaysia Sabah
granting_department Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
publishDate 2018
url https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42205/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42205/2/FULLTEXT.pdf
_version_ 1818611451049279488