Intepretasi khalayak pelbagai etnik terhadap representasi etnisiti di Malaysia : kajian kes nasi lemak 2.0
Kajian ini melihat pembentukan identiti nasional dan etnisiti di kalangan penonton muda pelbagai etnik melalui penerimaan mereka tentang pemaparan hubungan etnik dalam filem alternatif Nasi Lemak 2.0 (NL 2.0). Kemunculan filem alternatif membawa satu fenomena dan perspektif yang berbeza dalam produk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42212/1/24%20PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42212/2/FULLTEXT.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini melihat pembentukan identiti nasional dan etnisiti di kalangan penonton muda pelbagai etnik melalui penerimaan mereka tentang pemaparan hubungan etnik dalam filem alternatif Nasi Lemak 2.0 (NL 2.0). Kemunculan filem alternatif membawa satu fenomena dan perspektif yang berbeza dalam produksi filem dan industri filem negara. Filem-filem alternatif bukan hanya sekadar cerita, terdapat mesej yang tersirat yang wujud sebagai wadah ideologi media yang mendukung ideologi kerajaan. Idea yang dilontarkan melalui filem alternatif lebih bersifat kritikal dalam memaparkan realiti hubugan etnik di Malaysia. Kajian ini ingin melihat (1) Perkongsian makna yang wujud dalam penafsiran mesej di antara informan dengan teks filem (2) Menentukan percanggahan/penolakan makna yang wujud dalam penafsiran mesej media (3) Menganalisis bentuk percanggahan/penolakan yang wujud dalam penafsiran mesej di antara informan dalam teks filem. Kajian ini menggunakan teori representasi media dan teori penerimaan (encoding-decoding) oleh Stuart Hall, yang melihat bahawa filem NL 2.0 ini merepresentasi realiti sosial dalam kehidupan informan dengan pembentukan identiti etnik-identiti nasional. Bagi teori penerimaan (encoding-decoding) pula mendapati bahawa informan bagi kajian ini dapat memberikan makna-makna yang dominan/dipersetujui (Dominant Code) dan pandangan bertentangan (Oppositional View) berkaitan representasi melalui filem NL 2.0. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu perbincangan kumpulan fokus bersama 56 orang informan di Malaysia yang pernah menonton filem ini. Dengan menggunakan kaedah analisis tematik dan analisis tekstual filem mendapati wujudnya empat tema perkongsian di antara informan dengan teks filem iaitu Perpaduan dan Nasionalisme, 1 Malaysia, Pendekatan Neo-realisme dan Anti-Etnosentrisme. Manakala, bagi percanggahan/penolakan mesej dari segi teks filem membentuk tiga tema seperti Pertentangan Budaya, Elemen Sarkasme dan Stereotaip. Bagi percanggahan/penolakan mesej hasil perbincangan kumpulan fokus bersama informan pula membentuk tiga tema seperti Pengalaman Traumatik, Konflik Generasi dan Unsur Paradoks. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa generasi muda membentuk identiti etnik-nasional yang bersifat cair (fluid) dalam realiti kehidupan mereka. |
---|