Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di Sabah, Malaysia

Secara keseluruhan Negeri Sabah di bina oleh beberapa kumpulan batuan yang utama iaitu jujukan Ofiolit yang diwakili oleh Formasi Cert-Spilit, kumpulan batuan Paleogen yang diwakili oleh Formasi Crocker, Melanj yang diwakili oleh Formasi Wariu, kumpulan batuan Neogen yang diwakili oleh Formasi Sanda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Sazaly Basarian
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42233/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42233/2/FULLTEXT.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ums-ep.42233
record_format uketd_dc
spelling my-ums-ep.422332024-12-16T04:08:51Z Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di Sabah, Malaysia 2018 Mohd Sazaly Basarian GB1001-1199.8 Groundwater. Hydrogeology QE420-499 Petrology Secara keseluruhan Negeri Sabah di bina oleh beberapa kumpulan batuan yang utama iaitu jujukan Ofiolit yang diwakili oleh Formasi Cert-Spilit, kumpulan batuan Paleogen yang diwakili oleh Formasi Crocker, Melanj yang diwakili oleh Formasi Wariu, kumpulan batuan Neogen yang diwakili oleh Formasi Sandakan, kumpulan batuan volkanik Pleistosen dan yang terakhir adalah aluvium. Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan ini menggunakan peralatan dan kaedah geofizik iaitu ABEM Terrameter SAS 4000. Peralatan yang mengaplikasikan Hukum Ohm ini mencerap data keberintangan geoelektrik di bawah garis survei dengan menyuntik arus elektrik secara terkawal yang dibekalkan oleh bateri 12 volt. Arus elektrik yang dialirkan dari alat geofizik bertindak sebagai alat pemancar akan melalui kabel pelbagai teras dan akan memasuki ke bawah permukaan tanah melalui satu siri susunatur elektrod pole-dipole. Nilai keberintangan bawah permukaan yang dicerap ini akan di rekod dan di plot dalam bentuk keratan rentas yang seterusnya boleh di tafsir untuk meramal dan menentukan potensi air bawah tanah di kawasan kajian. Untuk kajian ini tiga kategori julat keberintangan yang digunakan untuk menentukan air bawah tanah iaitu keberintangan rendah (1-10 Ω.m), keberintangan sederhana (10-110 Ω.m) dan keberintangan tinggi (>110 Ω.m). Nilai keberintangan sederhana dijadikan sebagai rujukan untuk kehadiran air bawah tanah. Formasi Cert-Spilit pada kawasan kajian Mostyn, Kunak di dapati tidak mempunyai potensi air bawah tanah walaupun dapat mengesan keberintangan sederhana (9.83-96.75 Ω.m dan 7.72-63 Ω.m). Ini adalah disebabkan oleh kawasan ini di dominasi oleh batuan basalt yang tidak telap air. Formasi Crocker pula menunjukkan ciri-ciri akuifer yang sangat baik untuk kesemua garis survei di mana pembinaan telaga tiub pada kawasan yang mempunyai keberintangan sederhana (10-110 Ω.m) menemui air bawah tanah. Di Penimbawan, Tuaran pula dapat mengesan intrusi air laut yang mempunyai nilai keberintangan <1 Ω.m. Pembinaan telaga tiub selepas kajian geofizik pada Formasi Crocker menguatkan lagi hujah bahawa Formasi Crocker mempunyai ciri-ciri akuifer yang sangat baik. Formasi Wariu yang berada pada Melanj pula ditafsirkan sebagai formasi geologi yang tidak mempunyai potensi air bawah tanah kerana ianya terdiri daripada blok batuan dalam matriks lumpur. Walaupun nilai keberintangan sederhana 11.68-92.18 Ω.m, 10.52-115.47 Ω.m dan 8.52-104.7 Ω.m dikesan namun ianya tidak mempunyai potensi yang baik untuk air bawah tanah. Keadaan ini dapat diperhatikan pada telaga tiub yang telah merosot luahan airnya dan ada ketikanya kering. Formasi Sandakan yang mempunyai nilai keberintangan 9.28-95.85 Ω.m dan 13.31-94.42 Ω.m menunjukkan ciri-ciri potensi akuifer dalam tanah liat berpasir. Namun pembuktian tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan lubang gerudi. Batuan volkanik Pleistosen di Bukit Quoin, Tawau pula menunjukkan ciri-ciri akuifer yang amat baik dengan nilai 7.81-92.30 Ω.m dan 11.20-85.30 Ω.m merupakan nilai keberintangan endapan Kuaterner yang kaya dengan air bawah tanah. Kawasan aluvium di Sodomon, Keningau yang mempunyai keberintangan 9.68-107 Ω.m dan 11.77-121.69 Ω.m menunjukkan ciri akuifer yang baik di mana aluvium yang terdiri dari pasir mempunyai keporosan primer. Kaedah keberintangan geoelektrik ini sangat sesuai kerana nilai keberintangan batuan dan kehadiran air dalam batuan adalah ketara dan senang untuk mengenal pasti air bawah tanah dengan melakukan tafsiran terhadap data keberintangan geoelektrik. 2018 Thesis https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42233/ https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42233/1/24%20PAGES.pdf text en public https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42233/2/FULLTEXT.pdf text en validuser masters Universiti Malaysia Sabah Fakulti Sains dan Sumber Alam
institution Universiti Malaysia Sabah
collection UMS Institutional Repository
language English
English
topic GB1001-1199.8 Groundwater
Hydrogeology
QE420-499 Petrology
spellingShingle GB1001-1199.8 Groundwater
Hydrogeology
QE420-499 Petrology
Mohd Sazaly Basarian
Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di Sabah, Malaysia
description Secara keseluruhan Negeri Sabah di bina oleh beberapa kumpulan batuan yang utama iaitu jujukan Ofiolit yang diwakili oleh Formasi Cert-Spilit, kumpulan batuan Paleogen yang diwakili oleh Formasi Crocker, Melanj yang diwakili oleh Formasi Wariu, kumpulan batuan Neogen yang diwakili oleh Formasi Sandakan, kumpulan batuan volkanik Pleistosen dan yang terakhir adalah aluvium. Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan ini menggunakan peralatan dan kaedah geofizik iaitu ABEM Terrameter SAS 4000. Peralatan yang mengaplikasikan Hukum Ohm ini mencerap data keberintangan geoelektrik di bawah garis survei dengan menyuntik arus elektrik secara terkawal yang dibekalkan oleh bateri 12 volt. Arus elektrik yang dialirkan dari alat geofizik bertindak sebagai alat pemancar akan melalui kabel pelbagai teras dan akan memasuki ke bawah permukaan tanah melalui satu siri susunatur elektrod pole-dipole. Nilai keberintangan bawah permukaan yang dicerap ini akan di rekod dan di plot dalam bentuk keratan rentas yang seterusnya boleh di tafsir untuk meramal dan menentukan potensi air bawah tanah di kawasan kajian. Untuk kajian ini tiga kategori julat keberintangan yang digunakan untuk menentukan air bawah tanah iaitu keberintangan rendah (1-10 Ω.m), keberintangan sederhana (10-110 Ω.m) dan keberintangan tinggi (>110 Ω.m). Nilai keberintangan sederhana dijadikan sebagai rujukan untuk kehadiran air bawah tanah. Formasi Cert-Spilit pada kawasan kajian Mostyn, Kunak di dapati tidak mempunyai potensi air bawah tanah walaupun dapat mengesan keberintangan sederhana (9.83-96.75 Ω.m dan 7.72-63 Ω.m). Ini adalah disebabkan oleh kawasan ini di dominasi oleh batuan basalt yang tidak telap air. Formasi Crocker pula menunjukkan ciri-ciri akuifer yang sangat baik untuk kesemua garis survei di mana pembinaan telaga tiub pada kawasan yang mempunyai keberintangan sederhana (10-110 Ω.m) menemui air bawah tanah. Di Penimbawan, Tuaran pula dapat mengesan intrusi air laut yang mempunyai nilai keberintangan <1 Ω.m. Pembinaan telaga tiub selepas kajian geofizik pada Formasi Crocker menguatkan lagi hujah bahawa Formasi Crocker mempunyai ciri-ciri akuifer yang sangat baik. Formasi Wariu yang berada pada Melanj pula ditafsirkan sebagai formasi geologi yang tidak mempunyai potensi air bawah tanah kerana ianya terdiri daripada blok batuan dalam matriks lumpur. Walaupun nilai keberintangan sederhana 11.68-92.18 Ω.m, 10.52-115.47 Ω.m dan 8.52-104.7 Ω.m dikesan namun ianya tidak mempunyai potensi yang baik untuk air bawah tanah. Keadaan ini dapat diperhatikan pada telaga tiub yang telah merosot luahan airnya dan ada ketikanya kering. Formasi Sandakan yang mempunyai nilai keberintangan 9.28-95.85 Ω.m dan 13.31-94.42 Ω.m menunjukkan ciri-ciri potensi akuifer dalam tanah liat berpasir. Namun pembuktian tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan lubang gerudi. Batuan volkanik Pleistosen di Bukit Quoin, Tawau pula menunjukkan ciri-ciri akuifer yang amat baik dengan nilai 7.81-92.30 Ω.m dan 11.20-85.30 Ω.m merupakan nilai keberintangan endapan Kuaterner yang kaya dengan air bawah tanah. Kawasan aluvium di Sodomon, Keningau yang mempunyai keberintangan 9.68-107 Ω.m dan 11.77-121.69 Ω.m menunjukkan ciri akuifer yang baik di mana aluvium yang terdiri dari pasir mempunyai keporosan primer. Kaedah keberintangan geoelektrik ini sangat sesuai kerana nilai keberintangan batuan dan kehadiran air dalam batuan adalah ketara dan senang untuk mengenal pasti air bawah tanah dengan melakukan tafsiran terhadap data keberintangan geoelektrik.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Mohd Sazaly Basarian
author_facet Mohd Sazaly Basarian
author_sort Mohd Sazaly Basarian
title Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di Sabah, Malaysia
title_short Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di Sabah, Malaysia
title_full Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di Sabah, Malaysia
title_fullStr Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di Sabah, Malaysia
title_full_unstemmed Kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di Sabah, Malaysia
title_sort kajian prospek air bawah tanah dalam kumpulan batuan terpilih dengan menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik di sabah, malaysia
granting_institution Universiti Malaysia Sabah
granting_department Fakulti Sains dan Sumber Alam
publishDate 2018
url https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42233/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42233/2/FULLTEXT.pdf
_version_ 1818611452844441600