Reka letak dalam aplikasi billboard di Sabah

Tesis ini mengupas mengenai aplikasi taipografi dan reka letak di dalam papan iklan percetakan ''billboard'' sedia ada yang bertemakan pelancongan di sekitar bandaraya negeri Sabah khususnya Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Persoalan yang dibincangkan terbahagi kepada tiga iai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharul Azim Sharudin@ Sharaddin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8954/1/mt0000000331.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini mengupas mengenai aplikasi taipografi dan reka letak di dalam papan iklan percetakan ''billboard'' sedia ada yang bertemakan pelancongan di sekitar bandaraya negeri Sabah khususnya Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Persoalan yang dibincangkan terbahagi kepada tiga iaitu adakah penggunaan taipografi di dalam periklanan pelancongan menepati tema?, apakah penyusunan dan reka letak taipografi yang digunakan menepati konsep formalistik? dan adakah penghasilan papan periklanan menepati mesej pelancongan? Untuk mendapatkan hasil dalam kajian ini, penyelidik menggunakan mix-method iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini menggunakan responden seramai 150 orang yang berada di sekitar Bandaraya Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau untuk menjawab borang soal selidik yang telah dibuat. Responden seterusnya dipecahkan kepada dua golongan iaitu golongan profesional dan pelancong atau orang awam. Tujuan borang soal selidik dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan penilaian dan pendapat responden terhadap papan iklan percetakan yang bertemakan pelancongan yang sedia ada. Analisis konten digunakan untuk menilai beberapa papan iklan percetakan yang sedia ada dengan berpandukan teori-teori taipografi, reka letak dan periklanan. Skor dibuat bagi menilai tahap pencapaian taipografi, reka letak dan keberkesanan mesej yang ada pada papan iklan percetakan. Dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian ini melalui persoalan yang dikupas adalah penggunaan taipografi di dalam periklanan pelancongan di Kota Kinabalu Sabah kebanyakannya tidak menepati tema, penyusunan dan reka letak taipografi yang digunakan tidak menepati konsep formalistik dan penghasilan papan periklanan tidak menepati mesej pelancongan.