Persepsi guru-guru novis sekolah menengah di daerah Papar terhadap profesionalisme keguruan
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana hubungan di antara persepsi guru novis sekolah menengah terhadap prestasi kerja, perubahan tingkah laku, perubahan sikap dan personaliti. Objektif utamanya ialah untuk mengenal pasti perkaitan persepsi guru novis berasaskan ciri-ciri demografi ke a...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9275/1/mt0000000415.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana hubungan di antara persepsi guru novis sekolah menengah terhadap prestasi kerja, perubahan tingkah laku, perubahan sikap dan personaliti. Objektif utamanya ialah untuk mengenal pasti perkaitan persepsi guru novis berasaskan ciri-ciri demografi ke atas empat dimensi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang responden guru novis dari tujuh buah
sekolah menengah di daerah Papar, Sabah. Strategi persampelan yang digunakan ialah rawak mudah. Ujian-ujian untuk penganalisaan dataialah frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, Ujian - t dan ANOVA satu hala. Bagi semua ujian statistik di atas, darjah signifikan adalah ditetapkan pada aras keertian p < 0.05. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ciri-ciri demografi mempunyai kaitan rapat dengan persepsi guru novis terhadap profesionalisme keguruan mereka. Kesimpulan kajian ialah hipotesis nul gagal ditolak, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi guru novis terhadap profesionalisme keguruan berasaskan ciri demografi, iaitu umur, jantina, kelulusan
akademik dan kelulusan ikhtisas. |
---|