Hubungan antara konsep kendiri dan kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar di tiga buah sekolah di daerah Penampang
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan konsep kendiri dengan kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar di tiga buah buah sekolah di daerah Penampang. Kewujudan golongan pemimpin ini dikalangan pelajar-pelajar biasa yang lain amatlah penting dalam mewujudkan suatu persekitaran sekolah yang baik ....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9276/1/mt0000000416.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan konsep kendiri dengan kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar di tiga buah buah sekolah di daerah Penampang. Kewujudan golongan pemimpin ini dikalangan pelajar-pelajar biasa yang lain amatlah penting dalam mewujudkan suatu persekitaran sekolah yang baik . Selain itu golongan yang merupakan pelapis pemimpin masa akan datang ini juga memerlukan perhatian
dan kajian khas bagi meningkatkan daya kepemimpinan dan karisma dalam diri mereka. Kajian ini bukan sahaja mampu menjadi daya penarik untuk semua golongan pelajar
agar membentuk dan mengembangkan pontensi diri mereka untuk menjadi pemimpin di mana sahaja mereka berada tetapi juga berupaya untuk membantu para guru , pihak pentadbir , para ibu bapa dan masyarakat amnya untuk sama-sama memahami dan
memberikan sokongan kepada golongan ini untuk terus memajukan diri. Kajian ini menggunakan soal selidik TSCS iaitu ujian Konsep Kendiri dan soal selidik Kersey iaitu
ujian Kepimpinan sebagai alat kajian, dengan menggunakan program SPSS 12.0 yang melibatkan ujian T dan Korelasi Pearson. Kajian ini mendapati bahawa pemimpin pelajar
mempunyai konsep kendiri yang sederhana dan kepimimpinan yang tinggi . Walau bagaimanapun kajian ini juga membuktikan bahawa tidak terdapat hubungan antara konsep kendiri dan kepimpinan di kalangan pemimpin pelajar . |
---|