Amalan refleksi dan isu dalam penulisan jurnal semasa praktikum : Satu kajian kes di kalangan guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR) ambilan Januari 2005 di sebuah maktab perguruan di Sabah

Kajian ini adalah bertujuan meninjau amalan refleksi, isu-isu dan keberkesanan dalam penulisan jurnal di kalangan guru pelatih Kursus Perguruan lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR), Ambilan Januari 2005 di sebuah maktab perguruan di Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 39 orang guru pelatih darip...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lim, Chee Kah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9370/1/mt0000000429.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan meninjau amalan refleksi, isu-isu dan keberkesanan dalam penulisan jurnal di kalangan guru pelatih Kursus Perguruan lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR), Ambilan Januari 2005 di sebuah maktab perguruan di Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 39 orang guru pelatih daripada opsyen Bahasa Inggeris dan opsyen Matematik yang menjalani praktikum pad a 20 Jun 2005 hingga 16 September 2005. Pendekatan kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah jenis gabungan kualitatif dan kuantitatif. Dalam kajian ini, data-data diperoleh daripada soal selidik dan catatan penulisan jurnal guru pelatih semasa menjalani praktikum. Kesemua data yang diperoleh akan dianalisis secara kualitatif bagi mendapatkan tema-tema khusus berkaitan dengan amalan refleksi. Manakala analisis secara kuantitatif digunakan untuk mentafsir amalan refleksi dan tahap keberkesanannya. Hasil kajian menunjukkan guru pelatih mempunyai kefahaman yang baik tentang konsep refleksi dan dapat mengamalkannya dalam penulisan jurnal mereka. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penulisan jurnal di kalangan guru pelatih berada pada tahap yang berkesan dan amat berkesan. Sungguhpun demikian, guru pelatih masih menghadapi beberapa masalah berkaitan dengan amalan refleksi dan penulisan jurnal. Bagi menangani masalah tersebut, beberapa rumusan dan cadangan akan dikemukakan oleh penyelidik bagi meningkatkan mutu amalan refleksi dan penulisan jurnal. Akhir sekali, kajian ini diharap akan dapat menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat dengan pengurusan praktikum Kursus Perguruan lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah (SR) supaya dapat menghasilkan guru yang profesional dan cemerlang pada masa akan datang.