Tahap literasi komputer dalam kalangan guru Matematik dan Sains di Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Semporna, Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap literasi komputer dalam kalangan guru yang ter1ibat dalam mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains di Sekolah-sekolah Menengah di Daerah Semporna, Sabah.Beberapa pembolehubah telah dikenalpasti untuk melihat sejauhmana ia memberi kesan terhaclap tah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Asri Ispal
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9385/1/mt0000000437.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap literasi komputer dalam kalangan guru yang ter1ibat dalam mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains di Sekolah-sekolah Menengah di Daerah Semporna, Sabah.Beberapa pembolehubah telah dikenalpasti untuk melihat sejauhmana ia memberi kesan terhaclap tahap literasi. Antara pembolehubah yang telah dipilih dalam kajian ini ialah jantina, umur, kekerapan menggunakan komputer, pemilikan komputer, sikap guru dan kemudahan prasarana komputer yang sedia ada di sekolah. Instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap literasi komputer adalah terjemahan daripada instrumen asal oleh Kay (1993) yang dikenali dengan nama 'CAS' (Computer Ability Scale) manakala instrumen yang digunakan untuk mengukur sikap guru terhadap komputer adalah berdasarkan soal selidik yang telah dibina oleh Olin & Hortin (1993). Soal selidik berkenaan telah diubahsuai dan diedarkan kepada 50 orang guru yang dijadikan responden. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, nitai min, ujian-t dan juga nilal r untuk melihat perhubungan pembolehubah yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jantina dan umur tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap tahap literasi komputer. Manakala kekerapan menggunakan komputer dan pemilikan komputer di rumah mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tahap literasi komputer. Dapatan kajian juga menunjukkan kemudahan prasarana komputer di sekolah dan sikap guru tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap literasi komputer.