Hubungan antara indeks jisim badan, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar, elektif Sains Sukan

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara indeks jisim badan (UB), kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar elektif Sains Sukan. Seramai 44 pelajar lelaki dan 47 pelajar perempuan, dalam kalangan pelajar yang menduduki mata pelajaran elektif Sains Sukan Tingkatan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tan, Peng Jeng
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9444/1/mt0000000454.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara indeks jisim badan (UB), kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar elektif Sains Sukan. Seramai 44 pelajar lelaki dan 47 pelajar perempuan, dalam kalangan pelajar yang menduduki mata pelajaran elektif Sains Sukan Tingkatan Empat dari tiga buah sekolah menengah daerah Kota Kinabalu terlibat dalam kajian ini. DB dikira daripada ukuran ketinggian dan berat badan pelajar. Ujian Bleep digunakan untuk mengukur kecergasan fizikal. Pencapaian akademik diukur melalui keputusan ujian pencapaian Sains Sukan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis korelasi Spearman's rho digunakan untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar lelaki dan pelajar perempuan elektif Sains Sukan mempunyai skor UB yang mencapai julat sihat berpandukan piawai Fitnessgram. Sebaliknya, didapati pula majoriti pelajar lelaki dan pelajar perempuan elektif Sains Sukan gagal mencapai tahap kecergasan fizikal dalam julat sihat. Kebanyakan pelajar lelaki dan pelajar perempuan elektif Sains Sukan didapati memperolehi pencapaian akademik dalam julat lui us. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara UB dan kecergasan fizikal, UB dan pencapaian akademik, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar lelaki elektif Sains Sukan. Begitu juga didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara UB dan kecergasan fizikal, UB dan pencapaian akademik, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pel ajar perempuan elektif Sains Sukan. Bagaimanapun, kajian ini mendapati wujudnya hubungan negatif yang lemah (rs=-0.21 , p<0.05) antara indeks jisim badan dan kecergasan fizikal dalam kalangan pelajar elektif Sains Sukan secara keseluruhan. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara indeks jisim badan, kecergasan fizikal dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan elektif Sains Sukan