Kesan pembebanan serbuk sekam padi terhadap sifat pematangan, sifat mekanik dan kelakuan penggembungan di dalam sebatian getah asli

Serbuk sekam padi (RHP) yang dlperolehi daripada proses pengisaran padi telah digunakan sebagai pengisi di dalam penyebatian getah asli (NR). Kesan pembebanan RHP terhadap sifat pematangan, sifat mekanik dan kelakuan penggembungan sebatian NR telah dikaji menggunakan sistem pemvulkanan sulfur separa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muliyadi Guliling
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9603/1/mt0000000481.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Serbuk sekam padi (RHP) yang dlperolehi daripada proses pengisaran padi telah digunakan sebagai pengisi di dalam penyebatian getah asli (NR). Kesan pembebanan RHP terhadap sifat pematangan, sifat mekanik dan kelakuan penggembungan sebatian NR telah dikaji menggunakan sistem pemvulkanan sulfur separa cekap (semi-EV). Bebanan RHP adalah dalam lingkungan 0 hingga 50 bahagian per seratus getah (bsg). Keputusan menunjukkan, masa pematangan, t₉₀ dan masa skorj, t₂ vulkanizat NR menurun dengan peningkatan bebanan RHP manakala tork maksimum dan perbezaan tork (MH-MJ menunjukkan trend meningkat. Sifat kekuatan tensil meningkat sehingga bebanan 20 bsg dan mula merosot pada pernbebanan pengisi yang lebih tinggi. Modulus tensil dan kekerasan meningkat dengan peningkatan bebanan RHP sedangkan pemanjangan pada takat putus dan kebingkasan menurun. Penambahan bebanan RHP juga memberikan vulkanizat NR rintangan terhadap penggembungan di dalam toluena yang lebih baik tetapi kelakuan penggembungan terhadap air menunjukkan pola keputusan sebaliknya. Kesimpulannya, RHP boleh digunakan sebagal pengisi dl dalam sebatian NR di mana peningkatan sifat mekanik adalah tidak kritikal.