Kesan pelancongan pendidikan kepada pertumbuhan ekonomi dan produktiviti university serta penentu permintaanya

Kepelbagaian produk dan perkhidmatan pelancongan adalah sangat penting bagi mengukuhkan sumbangan sektor pelancongan terhadap pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan risiko ketidakmampanan bagi tempoh jangka panjang. Justeru, sektor pelancongan pendidikan telah dikenalpasti sebagai sub-sektor pelanc...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hajar Binti Hussien
Format: Thesis
Language:other
Online Access:http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/16003/1/Abstract.pdf
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/16003/2/Full%20Thesis%20-%20Siti%20Hajar%20Binti%20Hussein.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepelbagaian produk dan perkhidmatan pelancongan adalah sangat penting bagi mengukuhkan sumbangan sektor pelancongan terhadap pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan risiko ketidakmampanan bagi tempoh jangka panjang. Justeru, sektor pelancongan pendidikan telah dikenalpasti sebagai sub-sektor pelancongan baru yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan dan dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan produktiviti universiti. Walaubagaimanapun, bukti empirikal masih tidak jelas berkenaan kesan pelancongan pendidikan kepada pertumbuhan ekonomi dan produktiviti universiti serta penentu permintaannya. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan pelancongan pendidikan dan permintaan antarabangsa terhadap pertumbuhan ekonomi, mengkaji kesan limpahan pelancongan pendidikan ke atas produktiviti universiti, membina model permintaan pelancongan pendidikan dan menganalisis kewujudan kesan dinamik. Data yang digunakan adalah dari sebelas negara penggerak utama dalam sektor pelancongan pendidikan dari tahun 2002 hingga 2017, sepuluh universiti awam di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2016 dan empat puluh tujuh negara asal pelajar antarabangsa dari tahun 2008 hingga 2017. Dua kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini, panel statik dan panel dinamik. Hasil kajian membuktikan bahawa pelancongan pendidikan dan eksport barangan memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi dan limpahan positif pelancongan pendidikan ke atas produktiviti universiti.