Keberkesanan terapi seni ekspresif terhadap penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual remaja yang terlibat dengan tingkah laku seksual

Terapi Seni Ekspresif merupakan salah satu pendekatan inovatif yang semakin mendapat perhatian dalam profesion kaunseling. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Terapi Seni Ekspresif terhadap penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual remaja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Shakirah Binti Mohd Sakari
Format: Thesis
Language:English
Online Access:http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/16004/1/Abstract.pdf
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/16004/2/Thesis_PhD%20GSK1758.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Terapi Seni Ekspresif merupakan salah satu pendekatan inovatif yang semakin mendapat perhatian dalam profesion kaunseling. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Terapi Seni Ekspresif terhadap penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual remaja yang terlibat dengan tingkah laku seksual. Kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan tidak setara ini melibatkan 96 orang remaja yang terlibat dengan tingkah laku seksual dari Sekolah Tunas Bakti Marang, Terengganu. Sampel kajian ini dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menerima intervensi Terapi Seni Ekspresif manakala kumpulan kawalan pula menjalani aktiviti di institusi seperti biasa. Rosenberg Self Esteem Scale (RSES), Cognitive Distortion Scale (CDS) dan juga Spiritual Well-Being Scale (SWBS) digunakan sebagai soal selidik untuk mengukur penghargaan kendiri, pengherotan kognitif dan kesejahteraan spiritual. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, frekuensi dan peratus manakala statistik inferensi pula menggunakan ujian MANOVA dan ujian-T sampel tidak bersandar.