KAJIAN TERHADAP ISU-ISU PEMBANTERASAN PEMBALAKAN HARAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF PENGUATKUASAAN

Kegiatan pembalakan haram dan kesalahan hutan menyebabkan impak negatif dalam pelbagai aspek antaranya kemusnahan alam sekitar dan kerugian kepada hasil pendapatan kerajaan. Meskipun Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) telah dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia sejak lebih 3 dekad lalu, kegiata...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: MUHAMMAD NUR HANIFF BIN MOHD NOOR
Format: Thesis
Language:English
Online Access:http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/16007/1/Abstract.pdf
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/16007/2/Full%20Thesis-%20Muhammad%20Nur%20Haniff%20Mohd%20Noor.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kegiatan pembalakan haram dan kesalahan hutan menyebabkan impak negatif dalam pelbagai aspek antaranya kemusnahan alam sekitar dan kerugian kepada hasil pendapatan kerajaan. Meskipun Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) telah dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia sejak lebih 3 dekad lalu, kegiatan pembalakan haram telah berkurangan namun masih berterusan sementara kes kesalahan hutan mengalami pola menaik. Statistik menunjukkan sebanyak 35% daripada pengeluaran kayu di Malaysia adalah daripada sumber yang haram manakala 10% kayu balak haram di pasaran global berasal dari Malaysia. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan Akta 313 bagi membanteras kegiatan pembalakan haram dan kesalahan hutan, menganalisa modus operandi, motif dan peluang bagi kegiatan pembalakan haram, menerokai isu dan kekangan penguatkuasaan serta mengenalpasti dasar-dasar pencegahan dan pembanterasan pembalakan haram. Soal selidik telah diedarkan kepada 241 responden dan 13 pegawai utama turut ditemu bual. Statistik deskriptif digunakan bagi menentukan item yang signifikan bagi setiap konstruk. Dapatan kajian menunjukkan undang-undang sedia ada yang diperuntukkan melalui Akta 313 adalah berkesan namun terdapat beberapa aspek yang boleh dipertimbangkan untuk penambahbaikan. Pendekatan jenayah terancang merupakan kaedah yang dilaksanakan oleh pembalak haram. Motif kegiatan pembalakan haram pula dipengaruhi oleh faktor keuntungan sementara kebarangkalian pensabitan yang rendah membuka peluang kepada kegiatan tersebut.