Fenomena percampuran kod dalam iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji fenomena percampuran kod dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina yang diterbitkan dalam akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia. Didapati bahawa item-item leksikal bahasa Inggeris banyak dicampurkan secara interlingual ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lau, Su Kia
Format: Thesis
Language:other
Subjects:
Online Access:http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/2728/1/HF%205827%20.L3%202007%20Abstract.pdf
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/2728/2/HF%205827%20.L3%202007%20FullText.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji fenomena percampuran kod dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina yang diterbitkan dalam akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia. Didapati bahawa item-item leksikal bahasa Inggeris banyak dicampurkan secara interlingual ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina di Malaysia. Demi mencapa1 objektif pertama penyelidikan ini, pengkaji telah mengenal pasti kelas-kelas kata bagi item-item leksikal bahasa Inggeris yang telah dicampurkan ke dalam iklan-iklan bahasa Cina setempat. Seterusnya, pengkaji mengkaji lalu membincangkan ciri-ciri dari segi struktur linguistik bagi item-item leksikal bahasa Inggeris yang telah dicampurkan. Objektif terakhir kajian ini adalah mengkaji faktor-faktor yang mengakibatkan kata-kata bahasa Inggeris berkenaan dicampurkan ke dalam iklan-iklan perniagaan bahasa Cina.