Prakira cuaca am menggunakan model barotrofik dua tingkat

Model prakira cuaca jangka pendek yang digunakan disini adalah model barotrofik dua tingkat. Model ini digunakan kerana ia dapat memberikan penghampiran bagi keadaan udara pada beberapa tingkat isobar yang lebih tinggi. Dengan menggunakan penghampiran beza hingga ini, persamaan kecapahan kuasigeostr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bahri, Susila
Format: Thesis
Language:English
Subjects:
Online Access:http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/475/1/QC%20995.5%20B3%201998%20Abstract.pdf
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/475/2/QC%20995.5%20B3%201998.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Model prakira cuaca jangka pendek yang digunakan disini adalah model barotrofik dua tingkat. Model ini digunakan kerana ia dapat memberikan penghampiran bagi keadaan udara pada beberapa tingkat isobar yang lebih tinggi. Dengan menggunakan penghampiran beza hingga ini, persamaan kecapahan kuasigeostrofik dan persamaan termodinamik yang merupakan persamaan-persamaan prakira bagi tiap tingkat tersebut dapat ditentukan. Persamaan prakira kemudian dapat diselesaikan dengan menentukan kondisi batas samping sehingga gerakan mencancang udara diperoleh. Dalam hubungan dengan peta konformal, persamaan kuasigeostrofik diubahsuai dengan menggunakan suatu formula. Selanjutnya persamaan-persamaan ini diubah menjadi persamaan-persamaan beza hingga. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan grid-grid yang dipilih dengan suatu ukuran mesh. Akhirnya, untuk menyelesaikan persamaan-persamaan ini digunakan kaedah Gauss-Jordan terturun.