Kajian mengenai pembiakan dan asuhan larva Latjanus johnii (Bloch)

Kajian tentang pembiakan dan ternakan larva Lutjanus johnii (L. johnii) telah dilakukan di Pusat Pembiakan dan Penyelidikan, Tanjung Demong, Terengganu. Induk jantan dan betina L. johnii yang telah dipilih digunakan dalam kajian ini. Induk jantan yang mempunyai berat lebih 3.5 kg dan mempunyai sp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Razali, Nik Lah
Format: Thesis
Language:English
Subjects:
Online Access:http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/624/1/QH511%20.M3%20N5%202005%20Abstract.pdf
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/jspui/bitstream/123456789/624/2/QH511%20.M3%20N5%202005.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tentang pembiakan dan ternakan larva Lutjanus johnii (L. johnii) telah dilakukan di Pusat Pembiakan dan Penyelidikan, Tanjung Demong, Terengganu. Induk jantan dan betina L. johnii yang telah dipilih digunakan dalam kajian ini. Induk jantan yang mempunyai berat lebih 3.5 kg dan mempunyai sperma yang sedia untuk dilepaskan semasa pembiakan manakala induk betina juga mempunyai berat melebihi 3.5 kg dan mempunyai oosit yang bersaiz lebih 0.4 mm. Hempasan telur yang pertama berlaku 35 jam selepas disuntik. Induk jantan dan betina masing-masing disuntik dengan HCG pada dos 250 IU/kg dan 500 IU/kg. Lebih kurang 0.6 - 2.4 juta telur dikutip setiap kali pemungutan telur dilakukan dengan mencatat telur dihempaskan 0.3 x 106 hingga 0.5 x 106 telur/betina. Berdasarkan kepada data kajian yang telah dijalankan terdahulu didapati bahawa pembiakan L. johnii berlaku pada suku bulan pertama dan kedua setiap bulan.