Pengoptimuman parameter penuangan untuk Aloi Magnesium (Mg) sebagai anod korbanan bagi kegunaan bawah tanah

Perlindungan katod merupakan kaedah yang digunakan secara meluas bagi mengawal kadar kakisan terhadap bahan berunsur logam di dalam persekitaran bawah tanah yang berair. Pengunaan anod korbanan merupakan antara kaedah perlindungan katod yang sering digunakan. Aloi Mg adalah bahan yang sangat sesuai...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
格式: Thesis
语言:Malay
主题:
在线阅读:http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/bitstream/123456789/72456/1/Page%201-24.pdf
http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/bitstream/123456789/72456/2/Full%20text.pdf
http://dspace.unimap.edu.my:80/xmlui/bitstream/123456789/72456/4/Hazrin%20Jahidi.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Perlindungan katod merupakan kaedah yang digunakan secara meluas bagi mengawal kadar kakisan terhadap bahan berunsur logam di dalam persekitaran bawah tanah yang berair. Pengunaan anod korbanan merupakan antara kaedah perlindungan katod yang sering digunakan. Aloi Mg adalah bahan yang sangat sesuai bagi dijadikan anod korbanan kerana mempunyai kadar keelektronegatifan yang tinggi. Di dalam kajian ini, pengoptimuman parameter penuangan untuk aloi Mg sebagai anod korbanan bagi kegunaan bawah tanah menjadi matlamat utama dalam menghasilkan anod berprestasi yang tinggi. Ujian elektrokimia serta air tanah buatan sebagai medium elektrolit dilakukan bagi menganalisis kecekapan anod, keupayaan kakisan, kadar kakisan dan juga ketumpatan arus kakisan. Setiap sampel aloi Mg yang dihasilkan menggunakan suhu peleburan dan suhu pemanasan acuan yang berbeza. Pemilihan suhu penuangan dan suhu pemanasan acuan yang sesuai dapat memberikan perubahan yang ketara ke atas sifat-sifat aloi. Hasil kajian menunjukkan suhu pemanasan acuan yang tinggi dan suhu leburan aloi yang rendah dapat memberikan penyejukan leburan aloi secara perlahan dan sekata seterusnya dapat menghasilkan struktur ira yang lebih besar.