Motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan teknologi multimedia pada abad ke-21

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan teknologi multimedia pada abad ke-21. Kajian ini telah dijalankan di SMK Bandar Samariang, Kuching, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti motivasi, persepsi pelajar tentang keb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sarimah, Binti Ibrahim
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/13553/1/Motivasi%20pelajar%20dalam%20pembelajaran%20Bahasa%20Melayu%20menggunakan%20teknologi%20multimedia%20pada%20abad%20ke-21%20%2824pgs%29.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/13553/8/Sarimah.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan teknologi multimedia pada abad ke-21. Kajian ini telah dijalankan di SMK Bandar Samariang, Kuching, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti motivasi, persepsi pelajar tentang keberkesanan menggunakan teknologi multimedia dalam pembelajaran Bahasa Melayu, mengenalpasti kebaikan, kelemahan serta mengkaji pendapat dan cadangan-cadangan penambahbaikan penggunaan teknologi multimedia dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Informan yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah seramai sepuluh (10) orang pelajar tingkatan 2. Reka bentuk kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu instrumen yang digunakan adalah permerhatian/servei, borang selidik bertulis terbuka, temu bual dan analisa dokumen-dokumen kajian daripada pengkaji-pengkaji yang lepas. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat persamaan dan juga perbezaan dengan kajian lepas dari segi motivasi, persepsi, kebaikan, kelemahan, cadangan dan penambahbaikan pelajar menggunakan teknologi multimedia dalam pembelajaran Bahasa Melayu, SMK Bandar Samariang. Dapatan barn juga dikenalpasti daripada kajian yang telah dilakukan ini. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan sumbangan kepada pengkaji yang akan datang dan kepada sekolah secara langsung untuk mengkaji berkenaan motiv'asi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan teknologi multimedia pada abad ke-2l .