Latihan Vokasional di Pusat Pemulihan Akhlak di negeri Sarawak
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapat kefahaman tentang latihan vokasional dalam Pusat Pemulihan Akhlak di Negeri Sarawak. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis bidang latihan vokasional; mengenalpasti minat dalam kalangan Jurulatih/ Tenaga Pengajar terhad...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ir.unimas.my/id/eprint/14854/1/Latihan%20Vokasional%20di%20Pusat%20Pemulihan%20Akhlak%20di%20Negeri%20Sarawak%20%2824pgs%29.pdf http://ir.unimas.my/id/eprint/14854/8/Rohana%20Isnawi%20ft.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapat kefahaman tentang latihan
vokasional dalam Pusat Pemulihan Akhlak di Negeri Sarawak. Secara khususnya, kajian
ini bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis bidang latihan vokasional; mengenalpasti minat
dalam kalangan Jurulatih/ Tenaga Pengajar terhadap latihan vokasional; mengenalpasti
cabaran yang dihadapi dalam kalangan Jurulatih/ Tenaga Pengajar terhadap latihan
vokasional; dan langkah-langkah yang dijalankan bagi mengatasi cabaran latihan
vokasional yang dihadapi dalam kalangan Jurulatih/ Pengajar yang dijalankan di Pusat
Pemulihan Akhlak di Negeri Sarawak. Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dalam
usaha untuk lebih mendalami isu yang dikaji. Data untuk kajian ini telah dikumpul
menggunakan Soalan Selidik Terbuka ke atas Jurulatih/ Tenaga Pengajar dalam bidang
latihan vokasional terpilih dari organisasi terbabit. Seramai lima (5) orang Jurulatih/
TenagaPengajar telah dipilih secara persampelan bertujuan. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa jenis-jenis bidang latihan vokasional mempunyai hubungan
terhadap minat vokasional dalam kalangan Jurulatih/ Tenaga Pengajar. Hasil kajian ini
juga mendapati bahawa Jurulatih/ Tenaga Pengajar berhadapan dengan cabaran
melibatkan pegawai atasan, rakan setugas dan pelatih. Akhir sekali, hasil kajian juga
menunjukkan bahawa Jurulatih/ Tenaga Pengajar berkebolehan mengatasi cabaran
tersebut melalui pendekatan tertentu bagi memastikan latihan vokasional di Pusat
Pemulihan Akhlak di Negeri Sarawak dilaksanakan dengan kompetan, effisien dan
berkualiti. |
---|