Kajian Identiti Rekaan Perabot Berdasarkan Nilai Semantik dan Metafora Masyarakat Tempatan di Sarawak

Kajian ini memberi fokus kepada nilai semantik produk, metafora dan identiti daripada masyarakat tempatan di Sarawak dalam reka bentuk perabot. Penggunaan ikon tempatan yang diinspirasikan daripada lima kategori utama iaitu flora, fauna, budaya benda, motifs ukiran tatu dan makanan secara fizikal da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alexander, Sigau
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/32538/1/Alexander%20Anak%20Sigau%20ft.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi fokus kepada nilai semantik produk, metafora dan identiti daripada masyarakat tempatan di Sarawak dalam reka bentuk perabot. Penggunaan ikon tempatan yang diinspirasikan daripada lima kategori utama iaitu flora, fauna, budaya benda, motifs ukiran tatu dan makanan secara fizikal dan tidak fizikal telah diaplikasikan dan diterjemahkan untuk membangunkan rekaan perabot visualiasi 3 dimensi. Objektif kajian ini adalah untuk memahami identiti masyarakat tempatan Sarawak yang signifikan untuk dijadikan sumber inspirasi dalam seni reka bentuk perabot, mengekplorasikan ikon tempatan yang mampu menunjukkan keaslian dan keunikan serta mencadangkan reka bentuk perabot daripada validasi persepsi tentang identiti masyarakatan tempatan di Sarawak. Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif yang digunakan memberikan fokus kepada Semantic Differential Tools ciri-ciri yang terlibat dalam soal selidik bagi menyukat nilai semantik, metafora dan identiti masyarakat tempatan di Sarawak. Analisis data daripada ekplorasi nilai semantik, metafora dan identiti masyarakat tempatan yang diperolehi daripada hasil kajian ini akan dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi membangunkan rekaan perabot visualisasi 3 dimensi dan seterusnya melalui validasi persepsi pengguna. Kesimpulannya, penyelidik berpendapat bahawa metafora dan identiti masyarakat tempatan berpontensi untuk mempromosikan Sarawak dan diterjemahkan ke dalam reka bentuk perabot.