Persepsi Komuniti terhadap Identiti, Imej dan Reputasi Korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara

Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi komuniti terhadap identiti dan imej dalam membina reputasi korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Tumpuan kawasan kajian adalah penempatan yang terletak dalam kawasan bidang kuasa DBKU dan responden terdiri daripada Ketua-Ketua Masyarakat dan pend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhayati, Bidin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/33131/8/Norhayati%20ft.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi komuniti terhadap identiti dan imej dalam membina reputasi korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Tumpuan kawasan kajian adalah penempatan yang terletak dalam kawasan bidang kuasa DBKU dan responden terdiri daripada Ketua-Ketua Masyarakat dan penduduk setempat (wargakota Kuching Utara). Kajian ini mengupas elemen-elemen identiti dan imej yang kemudiannya mencerminkan apakah reputasi korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara. Untuk itu,pengkaji mengadaptasi Tujuh Demensi Identiti Korporat Melewar (2006) yakni; Komunikasi Korporat, Reka Bentuk Korporat, Budaya Korporat, Perlakuan, Struktur Korporat, Identiti Industri dan Strategi Korporat. Kemudian, pengkaji mengupas model-model berkaitan bagi tujuan perbandingan. Didapati, daripada tujuh model tersebut, tidak ada satu pun model menyentuh demensi Kepimpinan. Pengkaji telah merangka Model Cadangan, (2018) yang mengadaptasi Tujuh Demensi Melewar (2006) dengan penambahan satu lagi demensi baharu iaitu demensi Kepimpinan. Kepimpinan adalah tunjang terhadap segala tindakan, fokus dan strategi organisasi yang menentukan halatuju organisasi tersebut. Kaedah penyelidikan yang diaplikasikan untuk tinjauan perseorangan menggunakan borang soal selidik yang terdiri daripada soalan tertutup (skala likert). Sasaran sampel kajian adalah 373 orang yang diperolehi daripada kawasan kediaman penduduk, pusat komersial dan pusat bandar dalam kawasan kajian. Seterusnya, Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menghasilkan keseluruhan analisis statistik berdasarkan 289 borang soal selidik yang dikembali dan diproses. Analisis statistik seperti Korelasi Pearson diaplikasikan untuk menjawab objektif kajian ini, di samping meneliti tahap penerimaan hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan nilai Cronbach’s Alpha adalah melebihi 0.7 yang membuktikan alatan kajian ini boleh diterima pakai. Identiti korporat DBKU dibentuk oleh identiti industri (Min=3.75, s.p. =0.925), reka bentuk korporat (Min=3.642, s.p. =0.851),, budaya korporat (Min=3.645, s.p. =0.822), dan struktur korporat (Min=3.660, s.p. =0.821). Manakala Imej korporat DBKU dibentuk oleh komunikasi korporat (Min=3.81, s.p. =0.62), strategi korporat (Min=3.59, s.p. =0.87), perlakuan korporat (Min=3.66, s.p. =0.80) dan kepemimpinan (Min=3.54, s.p. =0.92). Daripada hasil analisis yang telah dijalankan didapati responden yang dikaji memberi maklum balas yang positif terhadap identiti korporat dan imej korporat untuk meningkatkan tahap reputasi korporat DBKU. Hasil kajian menunjukan identiti dan imej mempunyai perhubungan yang signifikan terhadap pembentuk reputasi korporat DBKU pada tahap signifikan yang berbeza-beza. Selain daripada itu, faktor latar belakang responden yang berbeza-beza juga menyumbang kepada maklum balas pelbagai. Hasil kajian mendapati, DBKU adalah sebuah organisasi yang cukup sinonim dengan komuniti setempat. Kata kunci: Dewan Bandaraya Kuching Utara, komuniti, identiti, imej, reputasi, kepimpinan