ANALISIS PENCAMPURAN KOD DALAM NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU KARYA ANJELL

Fenomena pencampuran kod dalam masyarakat bukanlah satu perkara yang asing lagi. Senario ini disebabkan oleh bahasa itu begitu dekat dan rapat sekali dengan kehidupan manusia. Pencampuran kod ini bukan hanya berlaku dalam situasi lisan sahaja malah turut berlaku dalam tulisan. Pencampuran kod dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: WAHHIDATUL WAHIDA, YUSUF
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/34676/2/ANALISIS%20PENCAMPURAN%20KOD%20DALAM%20NOVEL%20TUNDUKKAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena pencampuran kod dalam masyarakat bukanlah satu perkara yang asing lagi. Senario ini disebabkan oleh bahasa itu begitu dekat dan rapat sekali dengan kehidupan manusia. Pencampuran kod ini bukan hanya berlaku dalam situasi lisan sahaja malah turut berlaku dalam tulisan. Pencampuran kod dalam dalam bidang penulisan tidak hanya tertumpu kepada medium yang melibatkan sosial media malah turut berlaku dalam penulisan seperti novel. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kata pencampuran kod yang terlibat dalam dan mengkaji fungsi pencampuran kod dalam novel. Dalam kajian ini novel yang digunakan adalah novel Tundukkan Playboy Itu karya Anjell dan data bagi setiap perkataan yang melibatkan bahasa Inggeris telah dikumpulkan dengan cara selang dua muka surat. Kerangka Ravika (2015) digunakan bagi mengenal pasti objektif pertama dan untuk objektif kedua pula kerangka Kanthimathi (2007) telah digunakan. Hasil kajian mendapati bentuk kata seperti kata dasar, kata berimbuhan, kata majmuk, frasa, klausa dan idiom telah digunakan bagi pencampuran kod dalam novel tersebut. Fungsi-fungsi pencampuran kod yang terlibat adalah fungsi sosialisasi di mana fungsi ini dilihat merangkumi fungsi yang lain seperti fungsi sikap, instrumental dan pendedahan kepada bahasa asing. Fungsi lain yang turut terlibat seperti fungsi identifikasi laras bahasa, ekspresif, memberi arahan, penekanan dan juga fungsi rujukan.