ANALISIS PENCAMPURAN KOD DALAM NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU KARYA ANJELL

Fenomena pencampuran kod dalam masyarakat bukanlah satu perkara yang asing lagi. Senario ini disebabkan oleh bahasa itu begitu dekat dan rapat sekali dengan kehidupan manusia. Pencampuran kod ini bukan hanya berlaku dalam situasi lisan sahaja malah turut berlaku dalam tulisan. Pencampuran kod dalam...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: WAHHIDATUL WAHIDA, YUSUF
格式: Thesis
语言:English
出版: 2018
主题:
在线阅读:http://ir.unimas.my/id/eprint/34676/4/Wahidatul%20ft.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Fenomena pencampuran kod dalam masyarakat bukanlah satu perkara yang asing lagi. Senario ini disebabkan oleh bahasa itu begitu dekat dan rapat sekali dengan kehidupan manusia. Pencampuran kod ini bukan hanya berlaku dalam situasi lisan sahaja malah turut berlaku dalam tulisan. Pencampuran kod dalam dalam bidang penulisan tidak hanya tertumpu kepada medium yang melibatkan sosial media malah turut berlaku dalam penulisan seperti novel. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kata pencampuran kod yang terlibat dalam dan mengkaji fungsi pencampuran kod dalam novel. Dalam kajian ini novel yang digunakan adalah novel Tundukkan Playboy Itu karya Anjell dan data bagi setiap perkataan yang melibatkan bahasa Inggeris telah dikumpulkan dengan cara selang dua muka surat. Kerangka Ravika (2015) digunakan bagi mengenal pasti objektif pertama dan untuk objektif kedua pula kerangka Kanthimathi (2007) telah digunakan. Hasil kajian mendapati bentuk kata seperti kata dasar, kata berimbuhan, kata majmuk, frasa, klausa dan idiom telah digunakan bagi pencampuran kod dalam novel tersebut. Fungsi-fungsi pencampuran kod yang terlibat adalah fungsi sosialisasi di mana fungsi ini dilihat merangkumi fungsi yang lain seperti fungsi sikap, instrumental dan pendedahan kepada bahasa asing. Fungsi lain yang turut terlibat seperti fungsi identifikasi laras bahasa, ekspresif, memberi arahan, penekanan dan juga fungsi rujukan.