Pemikiran Realisme dalam Karya-Karya Indie Malaysia Terpilih

Kajian ini menganalisis empat buah novel Indie di Malaysia, iaitu Aku Rindu 90’s (2012), Surat-Surat Untuk Kaherah (2013), Kunang Pesisir Morten (2015) dan Budak Kelas Belakang (2018) bagi melihat pemikiran realisme yang dikemukakan dalam novel-novel tulisan penulis-penulis Indie di Malaysia. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: AMIR ASYRAFF, JAMIN
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/35689/1/Amir%20Asyraff%20Jamin%20ft.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menganalisis empat buah novel Indie di Malaysia, iaitu Aku Rindu 90’s (2012), Surat-Surat Untuk Kaherah (2013), Kunang Pesisir Morten (2015) dan Budak Kelas Belakang (2018) bagi melihat pemikiran realisme yang dikemukakan dalam novel-novel tulisan penulis-penulis Indie di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kerangka teori realisme Lukacs (1963). Analisis secara struktural digunakan untuk mengenal pasti pandangan, wawasan, harapan dan nilai-nilai yang signifikan serta kesannya dalam penambahbaikan kualiti hidup masyarakat. Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk mengesan dan mengenal pasti kewujudan pemikiran realisme di dalam karya Indie, mengemukakan bukti bahawa karya-karya Indie adalah setanding dengan karya serius yang lain serta untuk menentukan definisi baharu yang lebih tepat dan adil kepada karya-karya Indie yang sedang berkembang sebagai cabang sastera baharu di Malaysia. Kesemua novel yang dianalisis didapati sarat dengan pemikiran realisme yang meliputi aspek-aspek pembangunan masyarakat seperti sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan agama. Dapatan kajian ini menunjukkan karya-karya Indie juga membawakan pemikiran serius yang memberi impak kepada masyarakat khususnya kepada pembangunan sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan agama sesebuah masyarakat. Karya Indie juga didapati setanding dengan karya-karya serius terbitan arus perdana. Dapatan kajian ini turut menunjukkan penilaian dan definisi yang lebih positif dan adil harus diberikan kepada karya-karya Indie. Kesemua dapatan kajian membuktikan karya Indie adalah setanding dengan karya-karya sastera pelbagai genre di Malaysia.