Harta Intelek Produk Tradisional Sarawak : Pua Kumbu

Penyelidikan ini memberikan penjelasan tentang Harta Intelek Produk Tradisional Sarawak: Pua Kumbu. Harta intelek merupakan suatu bentuk aset yang bersifat ketara dan tidak ketara sudah semestinya mempunyai akta-akta tertentu yang sesuai dengan kriterianya untuk melindungi kedua-dua aset tersebut. A...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Beatrice Anne, Saga
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/35835/1/Beatrice%20Anne%20Anak%20Saga%20-%2024%20pgs.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/35835/4/Beatrice%20Anne%20Anak%20Saga%20ft.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini memberikan penjelasan tentang Harta Intelek Produk Tradisional Sarawak: Pua Kumbu. Harta intelek merupakan suatu bentuk aset yang bersifat ketara dan tidak ketara sudah semestinya mempunyai akta-akta tertentu yang sesuai dengan kriterianya untuk melindungi kedua-dua aset tersebut. Akta-akta yang terdapat di bawah undang-undang harta intelek adalah seperti akta hak cipta, paten, cap dagangan, petunjuk geografi, reka bentuk perindustrian dan reka bentuk litar bersepadu. Dengan adanya akta-akta seperti ini produk tradisional Pua Kumbu boleh dilindungi daripada pelbagai jenis aspek ketara dan tidak ketara. Harta Intelek Produk Tradisional Sarawak: Pua Kumbu bertindak sebagai perlindungan yang memastikan idea asal untuk sesuatu produk terjaga serta memberikan hak ekslusif kepada empunya idea atau barangan di mana mereka berhak untuk mengawal dan mengeksploitasi hak intelektual mereka. Pua Kumbu yang merupakan produk tradisional masyarakat Iban di Sarawak mempunyai nilai estetika dan nilai pasaran yang tinggi sudah semestinya menjadi dambaan setiap orang untuk memilikinya. Pada era modenisasi hari ini, pemilik hak cipta untuk produk tradisional tersebut masih tidak dapat diselesaikan tanpa menyinggung mana-mana pihak. Oleh itu, penyelidikan ini membincangkan dengan terperinci akta-akta yang sesuai digunakan untuk Harta Intelek Produk Tradisional Sarawak: Pua Kumbu, kepada pengusaha, pemilik dan perbadanan yang memelihara budaya serta produk tradisional masyarakat Iban. Selain meneliti impak pengurusan harta intelek dan menganalisis stategi pengurusan harta intelek dalam usaha membantu melindungi nilai estetika, keaslian dan kualiti Pua Kumbu. Kata kunci: Pengurusan, harta intelek, akta, masyarakat Iban dan Pua Kumbu