Inovasi Rekaan Busana Tradisional Etnik Jatti Miriek di Miri, Sarawak

Keunikan yang terkandung pada busana tradisional etnik minoriti Jatti Miriek yang mendiami daerah Miri di Sarawak perlu dieksplorasi melalui kefahaman dan penghayatan yang menjadi keistimewaan busana ini berbanding dengan busana tradisional etnik lain di Sarawak. Namun, penyelidikan lengkap ke atas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nashila, Japeri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/35905/5/Nashila%20binti%20Japeri-%20FULL.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keunikan yang terkandung pada busana tradisional etnik minoriti Jatti Miriek yang mendiami daerah Miri di Sarawak perlu dieksplorasi melalui kefahaman dan penghayatan yang menjadi keistimewaan busana ini berbanding dengan busana tradisional etnik lain di Sarawak. Namun, penyelidikan lengkap ke atas spesifikasi busana tradisional ini masih terbatas. Selain itu, melihat kepada isu dalam aspek pemakaian didapati bahawa pemakaiannya adalah terhad iaitu hanya dipakai dalam program kebudayaan di mana busana ini perlulah ditonjolkan keunikannya melalui pemakaian tanpa had seperti pemakaiannya sebagai busana kerja melalui rekaan busana formal. Namun, penghasilan busana secara berterusan agak terhad kerana motif renda sukar didapati di pasaran untuk mengekalkan penggunaan motif renda yang sama dalam penghasilan busana. Oleh itu, fokus penyelidikan ini adalah untuk menghayati keunikan busana tradisional etnik Jatti Miriek melalui makna yang terkandung pada busana berdasarkan pemahaman teori semiotik oleh Peirce (1860) bagi mengekalkan keunikan busana dalam penghasilan busana inovatif. Kaji selidik validasi dijalankan terhadap 100 orang responden yang terdiri daripada orang awam bagi mendapati persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap penghasilan busana inovatif setelah menghayati dan mengekalkan keunikan busana tradisional serta penelitian melalui makna yang tersirat pada busana dibuat berdasarkan panduan teori semiotik oleh Peirce (1860). Konsep busana inovatif dalam kajian ini adalah transformasi rekaan busana kepada busana formal dan kaedah inovasi dalam penghasilan motif renda daripada kaedah cetakan skrin. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah temu bual, pemerhatian, eksperimentasi dan tinjauan. Hasil kajian validasi mendapati responden memberi penerimaan yang positif melalui penghasilan busana inovatif dan berpendapat bahawa usaha ini berpotensi untuk menonjolkan keunikan busana tradisional etnik Miriek dalam industri fesyen. Akhir kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dan sumber utama bagi penyelidik serta pereka dalam memperkembangkan kajian dan penghasilan busana tradisional etnik Jatti Miriek dengan mempertimbangkan keunikan yang memiliki makna pada busana agar lebih dihargai dan dilestarikan. Kata kunci: Busana tradisional, Jatti Miriek, semiotik, inovasi, validasi