Analisis Ruangan Jenayah Harta Benda dan Kebimbangan Jenayah di Kuching, Sarawak

Kajian ilmiah yang mengintegrasi teknologi maklumat ruangan dalam melihat hubungkait jenayah harta benda dan kebimbangan jenayah belum dijalankan di Malaysia. Kajian di luar negara kebanyakannya menggunakan analisis corak ruangan. Penggunaan analisis deskriptif tidak dapat mengesan korelasi ruangan....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norita, Jubit
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/36255/4/Norita%20anak%20Jubit.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ilmiah yang mengintegrasi teknologi maklumat ruangan dalam melihat hubungkait jenayah harta benda dan kebimbangan jenayah belum dijalankan di Malaysia. Kajian di luar negara kebanyakannya menggunakan analisis corak ruangan. Penggunaan analisis deskriptif tidak dapat mengesan korelasi ruangan. Kajian ini menggunakan data ruangan iaitu peta jalan, data sempadan dan sektor balai polis yang diperoleh daripada ketua-ketua balai dalam bentuk gambar dan nama jalan. Pendigitan dilakukan menggunakan ArcMap 10.1 berpandukan data jalan bagi memudahkan persempadanan dibuat dengan tepat. Data bukan ruangan termasuklah kes jenayah harta benda (2015-2017), bulan, masa, jenis-jenis, alamat kejadian dan demografi mangsa jenayah harta benda yang diambil daripada Sistem Laporan Polis. Data soal selidik diperoleh menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Objektif kajian adalah (i) mengenal pasti kawasan hot spot jenayah harta benda, (ii) menganalisis tahap kebimbangan jenayah harta benda di kawasan hot spot dan cold spot (iii) menganalisis korelasi ruangan jenayah harta benda dan kebimbangan jenayah. Kaedah yang digunakan adalah Getis Ord Gi*, Univariat, Ordinary least square, autokorelasi ruangan (Moran’s I) dan analisis R2. Penemuan menunjukkan kebanyakan kawasan hot spot jenayah harta benda dikesan berlaku dalam sempadan sektor Gita. Tahap kebimbangan jenayah harta benda tinggi di kawasan hot spot dan cold spot. Jenayah harta benda dan kebimbangan jenayah menunjukkan hubungan linear positif dan signifikan pada paras 95%. Kajian ini memberi satu perspektif berlainan dalam kajian jenayah di Malaysia melalui gabungan aplikasi GIS dan kajian lapangan. Kajian ini membantu polis dalam membuat keputusan bagi mencegah jenayah harta benda dan kebimbangan secara ruangan.