Keberkesanan Rawatan Nyanyian terhadap Kemahiran Membaca dan Menulis: Kajian Kes Kanak-kanak Berdisleksia

Disleksia merupakan salah satu masalah pembelajaran, di mana individu berdisleksia mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca, menulis dan mengira. Individu berdisleksia juga menghadapi kesukaran dalam mempelajari dan mengenali bunyi bagi sesebuah huruf. Di Malaysia, terdapat pel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chen, Hui Meng
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/36590/4/24%20pages.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/36590/6/Chen%20Hui%20Meng%20ft.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Disleksia merupakan salah satu masalah pembelajaran, di mana individu berdisleksia mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca, menulis dan mengira. Individu berdisleksia juga menghadapi kesukaran dalam mempelajari dan mengenali bunyi bagi sesebuah huruf. Di Malaysia, terdapat pelbagai pendekatan untuk membantu seseorang individu berdisleksia dalam kemahiran tertentu. Antara pendekatan yang diaplikasikan adalah seperti terapi ucapan, pendekatan multisensori, latihan auditori dengan menggunakan komputer, program intervensi, dan program pemulihan. Kaedah multisensori dan kaedah multimedia lebih kerap digunakan dalam menjalani intervensi untuk individu berdisleksia di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan mengaplikasikan terapi muzik untuk membantu kanak-kanak berdisleksia. Kajian ini merupakan kajian eksperimen yang berbentuk rawatan nyanyian. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menguji keberkesanan rawatan nyanyian terhadap membaca dan menulis kanak-kanak berdisleksia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak berdisleksia dengan rawatan nyanyian ini. Rawatan ini telah dijalankan di sebuah pusat pembelajaran yang bernama Learning and Resources Centre of Dyslexia Association of Sarawak. Sehubungan itu, kaedah gabungan telah digunakan untuk mengumpul data. One-group pretest-posttest design juga telah diaplikasikan dalam rawatan nyanyian ini. Empat orang kanak-kanak berdisleksia telah dipilih untuk menerima rawatan ini. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Kanak-kanak A dan B dalam kumpulan tidak mempunyai asas fonik dan Kanak-kanak C dan D pula dalam kumpulan mempunyai asas fonik. Hasil rawatan nyanyi ini sangat berkesan terhadap kumpulan yang tidak mempunyai asas fonik kerana nilai t yang didapati adalah 1.40, di mana ia di bawah nilai dari had kepentingan, 2.78. Rawatan nyanyi ini kurang berkesan terhadap kumpulan yang mempunyai asas fonik kerana nilai t yang diperolehi adalah 6.05, di mana ia melebihi nilai t dari had kepentingan.