Kebolehpasaran Lepasan Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Pekerja Industri Dan Majikan Di Sarawak

Pembangunan sumber manusia adalah penting dalam konteks negeri Sarawak untuk mencapai sebuah negeri maju menjelang tahun 2030. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka tentang kebolehpasaran lepasan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dari perspektif pekerja industri dan majikan di negeri Sarawak. Terdapat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Juliana, Yew Ik Hoon
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/42008/1/Tesis%20PhD%20Juliana%20Yew%20Ik%20Hoon.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/42008/2/Juliana%20Yew%20Ik%20Hoon%20PhD.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan sumber manusia adalah penting dalam konteks negeri Sarawak untuk mencapai sebuah negeri maju menjelang tahun 2030. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka tentang kebolehpasaran lepasan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dari perspektif pekerja industri dan majikan di negeri Sarawak. Terdapat lima objektif dalam kajian ini, iaitu untuk meneroka tentang kebolehpasaran lepasan SMT dalam aspek kemahiran kebolehpasaran, kelayakan akademik, kompetensi dan sifat peribadi serta isu-isu kebolehpasaran dari perspektif pekerja industri dan majikan di Sarawak. Kajian ini melibatkan 18 orang informan yang terdiri daripada 12 orang pekerja industri dan enam (6) orang majikan. Data kajian kualitatif ini dikumpul dengan menggunakan temu bual separa berstruktur. Transkrip temu bual telah dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa lepasan SMT perlu melengkapkan diri dengan kemahiran kebolehpasaran, kelayakan akademik, kompetensi dan sifat peribadi yang menyumbang kepada kebolehpasaran mereka serta peka terhadap isu-isu kebolehpasaran di industri. Kajian ini juga telah membincangkan beberapa implikasi kajian terhadap pelbagai pihak yang berkepentingan. Dalam pada itu, beberapa cadangan untuk kajian masa hadapan juga telah dibincangkan. Hasil daripada kajian kebolehpasaran ini dapat memanfaatkan bakal pekerja industri, khususnya lepasan SMT yang akan berkecimpung dalam bidang pekerjaan supaya mereka lebih bersedia seawal usia persekolahan sebelum memasuki pasaran kerja dalam aspek-aspek seperti kemahiran kebolehpasaran, kelayakan akademik, kompetensi, sifat peribadi dan peka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kebolehpasaran di industri.